79 pengedar Proton kini lengkap status 3S dan 4S

79 pengedar Proton kini lengkap status 3S dan 4S

????????????????????????????????????

Setelah pengumuman Proton untuk meningkatkan jumlah pengedar bagi menukar kepada status 3S dan 4S sebagai sebahagian langkah pemulihannya, kini (sehingga 18 Mei 2018) kira-kira 79 premis pengedar jenama automotif nasional tersebut telah mencapai status berkenaan.

Menurut Proton, angka tersebut adalah bersamaan 72% dari sejumlah 109 pengedar yang disasarkan pada akhir Oktober 2018 dan mereka bakal mencapai sasaran tersebut lebih awal dari jangkaan.

“Dalam masa kurang daripada lima bulan iaitu dari Januari hingga 18 Mei tahun ini, kami berjaya menukar 79 status cawangan kepada 3S dan 4S, iaitu pencapaian kira-kira 72% daripada jumlah sasaran bagi tahun ini. Ini merupakan berita baik untuk Syarikat, dan dengan penaiktarafan yang dilakukan ini, kami yakin bahawa kami berada di landasan yang mantap untuk menyediakan perkhidmatan kelas dunia dari segi pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Li turut menyatakan, “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur baharu yang menyertai kami sebagai pengedar Proton. Kami berusaha melakukan perancangan yang terbaik untuk masa hadapan Proton dan merasa terharu di atas sokongan daripada pelabur-pelabur baharu, yang berani menyahut cabaran menjadi pengedar Proton. Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini iaitu jenama kami masih mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran dan kerana ini, ramai pelabur yang tidak ragu-ragu untuk menjadi pengedar. ”

79 pengedar Proton kini lengkap status 3S dan 4S

????????????????????????????????????

“Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini iaitu jenama kami masih mempunyai pengaruh yang kuat di pasaran dan kerana ini, ramai pelabur yang tidak ragu-ragu untuk menjadi pengedar. Terima kasih kerana kepercayaan yang diberikan. Kini, kita semua akan maju kehadapan dan menjadi penggerak nadi jenama ini,” tambahnya lagi.

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa pula, “tidak kira di mana juga, setiap perniagaan akan memberikan tumpuan kepada kepuasan pelanggan untuk memastikan kemampanan perniagaan, dan Proton pastinya menjana momentum untuk meraih ganjaran di masa hadapan dari rancangan-rancangan yang telah dirancang. Atas sebab ini, saya menggalakkan para pengedar untuk menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S supaya kita semua boleh memajukan perniagaan dan mendapat faedah berterusan daripadanya.”

Bagi Datin Fauziah Ahmad, dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, beliau berkata, “Sejujurnya, kami telah menjalankan inisiatif kami sendiri untuk menaik taraf dari sebuah lot kedai ke sebuah bangunan sendiri sejak dua tahun lalu. Kini, kita perlu menaiktaraf untuk berada setanding dengan keperluan yang ditetapkan, tetapi yang paling penting ialah kita memahami keperluan untuk menaik taraf kerana kita perlu mewujudkan penampilan dan imej yang lebih baik untuk produk, jenama Proton ini sendiri dan proses menaik taraf ini menjanjikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan”.

Geely Boyue yang akan dijadikan asas SUV pertama Proton

Seorang lagi pengedar, Dato’ Sri Ngu Ung Yong dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd, beliau memandang perkara ini dari segi sentimen kebangsaan, “Proton adalah jenama kereta negara kita dan tugas kita adalah untuk menaikkannya sekali lagi. Lebih-lebih lagi, dengan kerjasama Geely dan pengurusan baharu, kami percaya Proton berada dalam kedudukan yang baik untuk pemulihannya,” kata Ngu, yang akan menaik taraf premisnya kepada cawangan 4S.

Usaha-usaha ini adalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan perubahan yang sedang dijalankan Proton untuk pengenalan SUV baharunya nanti. Model berkenaan juga akan hadir dengan pelbagai ciri termaju, antaranya cruise control adaptif serta brek kecemasan automatik (AEB). Setakat ini, ia sudah pernah dilihat sedang diuji di Malaysia.

Menurut Ketua Perancangan Rangkaian Proton Dr Ho Tuck Sum, pihaknya kini masih lagi membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membuka sebuah premis pengedar jenama tersebut, namun buat masa sekarang peluang adalah terhad. “Proton menerima sambutan menggalakkan daripada pengedar yang berminat menaik taraf cawangan mereka kepada 3S dan 4S, serta permohonan daripada pelabur baharu yang yakin dengan masa hadapan syarikat,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required