Budaya beri sogokan duit untuk lulus lesen memandu berakhir – sistem ujian automatik akan diperkenal

Budaya beri sogokan duit untuk lulus lesen memandu berakhir – sistem ujian automatik akan diperkenal

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke merancang untuk memperkenalkan sistem ujian memandu automatik, yang akan memerhatikan calon pemandu menjalankan ujian praktikal tanpa kehadiran penilai di sisi mereka. Semuanya diperhatikan dan dinilai dari bilik kawalan melalui kamera di sekitar litar dan kenderaan sahaja.

Proses secara automatik ini, yang bertujuan untuk mengurangkan gangguan manusia serta mengelakkan berlakunya budaya sogokan untuk mendapatkan lesen – ada yang menggelarnya lesen “gerenti lulus”- dijangka akan diperkenalkan seawal tahun depan, lapor The Star.

Beliau juga menambah, institut dan sekolah memandu perlu memasang kamera pada papan pemuka (dash cam) di dalam semua kenderaan untuk ujian supaya ada rakaman kemahiran pemanduan dapat direkodkan ketika sesi berlangsung. “Sekiranya calon itu gagal dan merasa itu disebabkan kerana mereka tidak membayar wang sogokan, calon boleh membuat rayuan berdasarkan bukti dari video berkenaan,” ujar beliau.

Budaya beri sogokan duit untuk lulus lesen memandu berakhir – sistem ujian automatik akan diperkenal

AppleMark

Dalam perkembangan yang sama, Anthony turut menyentuh tentang bayaran yuran bagi pakej pembelajaran di institut memandu yang dirasakan terlalu tinggi daripada kos sebenar yang terlibat. Kata beliau, jika menurut kos dinyatakan oleh JPJ, lesen motosikal B2 sepatutnya dikenakan RM350, sementara lesen manual kereta kelas D pula ialah RM1,250.

Bagaimanapun, daripada pemerhatiannya, sesetengah sekolah memandu mengedakan sehingga RM2,200 bagi setiap pelajar mereka, dengan alasan untuk memastikan proses belajar dan ujian berjalan lancar tanpa apa-apa halangan.

“Pengusaha sekolah memandu boleh menawarkan perkhidmatan tambahan, seperti biaya pengangkuran dari rumah ke pusat latihan. Tetapi semua itu perlu dinyatakan sebagai khidmat pilihan dengan jelas kepada calon. Tiada lagi kos tersembunyi dikenakan, atau saya akan batalkan lesen sekolah memandu mereka,” tegas beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required