Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

China dan produk klon sememangnya sudah diketahui. Mereka mempunyai pelbagai model-model yang direka seakan salinan 1:1 dari model-model asal dari Eropah mahupun Amerika. Tetapi yang ini lain sikit, kerana Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque tiruan yang dipaparkan ini direka lebih kecil dan lebih comel dari model tulen.

Kereta-kereta ini adalah keluaran Shandong Fengde, dan ia sebenarnya adalah kenderaan-kenderaan elektrik sepenuhnya tanpa enjin pembakaran konvensional. Pada bahagian luar, model-model tersebut mengambil sepenuhnya rekaan dari Merc dan Range Rover termasuk logo, malah tidak segan silu untuk memarkirnya secara bersebelahan dengan produk asli!

Berdasarkan gambar dari Carscoops ini, GLE klon tersebut dilengkapi dengan bumbung suria, rel bumbung, lampu halogen dan juga dua pilihan gril – sama ada gril dengan dengan jalur utama atau gril berlian AMG dengan kemasan pin krom. Pada bahagian kabin pula, ‘GLE’ berkenaan menampilkan rekaan ringkas diberikan stereng tiga jejari, kluster instrumen digital, sistem infotaimen dengan skrun sesentuh dan juga penghawa dingin.

Mercedes-Benz GLE dan Range Rover Evoque klon China, versi lebih comel dengan janakuasa elektrik

Evoque palsu juga sama, menerima perincian luaran hampir sama dengan model asal, tetapi dengan badan yang lebih kecil, tinggi serta menerima set roda yang juga kecil. Evoque berkenaan dibina dengan dimensi 3,450 mm panjang, 1,550 mm lebar dan 1,630 mm tinggi.

Kedua-dua SUV tiruan berkenaan sebenar berkongsi platform dan unit janakuasa yang sama. Ia digerakkan dengan motor elektrik 4,00 watt, 73 volt, manakala baterinya pula perlu dicas selama enam hingga lapan jam untuk penuh. Untuk itu, SUV-SUV berkenaan mampu bergerak sejauh 120 km untuk satu cas penuh, dengan kelajuan maksima dicatatkan pada 50 km/j – spesifikasi normal untuk Kereta Elektrik Berkelajuan Rendah (LSEV) di China.

Menurut laman rasmi syarikat tersebut, SUV-SUV ini dijual pada harga bermula US$3,900 (RM15,500). Bukan sekadar SUV palsu ini sahaja, Shandong Fengde juga turut menghasilkan klon-klon kereta sport seperti Bugatti Chiron, Lamborghini Gallardo dan Audi R8.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required