Kadar SST akan dibentangkan di Parlimen Ogos ini – jualan dicadang pada kadar 10%, servis 6%

Kadar SST akan dibentangkan di Parlimen Ogos ini – jualan dicadang pada kadar 10%, servis 6%

Menjelang pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula 1 September ini, kerajaan menerusi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencadangkan kadar 10 peratus cukai barangan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah cukai berkenaan, manakala Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini, menurut laporan Berita Harian.

Cukai SST tersebut bakal menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang kini dikadarkan pada sifar peratus bermula 1 Jun lalu. Langkah ini juga menandakan bahawa ‘jualan murah’ tanpa cukai kereta-kereta baharu bermula awal bulan lalu bakal berakhir pada hujung Ogos ini.

Kadar SST akan dibentangkan di Parlimen Ogos ini – jualan dicadang pada kadar 10%, servis 6%

Pemain-pemain industri sebelum ini menjangkan sekiranya SST benar-benar diimplementasi pada kadar 10%, ia berkemungkinan akan menyebabkan harga kereta lebih mahal ketika era GST. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad dilaporkan berkata pada Mei lalu, “sebelum GST diimplementasikan, SST pada kadar 10%. Jika kita mengambil kira angka ini, kami jangka harga kenderaan akan naik, selepas-SST. Ini merupakan jangkaan mudah jika kadarnya sama.”

Sejak bulan lalu, dilaporkan jualan kereta-kereta baharu di Malaysia mula meningkat bukan sahaja kerana ‘cuti cukai’ yang dinikmati, malah pengeluar-pengeluar giat menjalankan promosi-promosi sempena sambutan hari raya. Sehingga kini, syarikat-syarikat automotif mula melaporkan bahawa stok-stok yang boleh dihantar sebelum bermulanya pungutan SST berkenaan semakin menyusut, manakala tempoh berkenaan ada lebih kurang satu setengah bulan lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Alson P on Jul 17, 2018 at 10:49 pm

    Tak kesah lah berapa pun cukai yang ditetapkan, 10% ke, 11% ke, atau12% ke, yang penting business jalan, 16% pun ok… Cukai 6% dgn 16% sama saja.. Harga barang/perkhidmatan tetap naik setiap tahun.. Lagi tinggi cukai lagi kaya kerajaan kita, lagi kukuh ekonomi kakitangan kerajaan..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  • Mama Ling on Aug 01, 2018 at 10:30 am

    Kalau cukai tinggi, harga barangan asas akan naik lebih tinggi…yang merananya adalah warga kampung atau ibu tunggal yg tidak mempunyai pendapatan tetap….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required