Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

Bulan Jun 2018 menyaksikan peningkatan signifikan bagi jumlah jualan kenderaan yang terjual, dengan pelanggan yang mengambil kesempatan di atas “percutian cukai” yang sedang berlaku sekarang. Anda telah pun melihat angka jualan bagi kenderaan yang terjual mengikut syarikat kereta, untuk itu mari kita lihat prestasi keseluruhan bagi separuh pertama (H1) 2018 dengan data yang disediakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Dalam jumlah keseluruhan industri (TIV), separuh pertama 2018 menyaksikan peningkatan sebanyak 1.85% dengan 289,714 unit terjual berbanding 284,461 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. Tidak mengejutkan, Perodua masih kekal mendahului perkongsian pasaran dengan 40.4% untuk separuh pertama 2018, di mana ia menunjukan peningkatan berbanding tempoh yang sama tahun lalu (35%). Pengeluar kereta nasioanl ini turut menjual 17.48% lebih kereta pada H1 2018, dengan 117,098 unit berbanding 99,675 unit pada H1 2017.

Menduduki tempat kedua ialah Honda dengan perkongsian pasaran sebanyak 17.7% dan sebanyak 51,354 kereta telah terjual. Jumlah ini masih melayakkan Honda untuk terus kekal di tempat pertama sebagai jenama kereta bukan-nasional. Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, Honda mencatatkan 18.5% dalam perkongsian pasaran dan 52,527 unit terjual.

Begitu juga dengan Toyota yang menyaksikan penurunan dalam perkongsian pasaran dari 11.9% pada H1 2017, sementara jualan juga menyusut 5.97% dari 33,727 ke 31,709 unit. Walau bagaimana pun, jenama ini berada di tempat ketiga dalam senarai, mendahului Proton yang hanya mencatatkan 9.4% dalam perkongsian pasaran dan terjual 27,106 kereta (turun 31.19% berbanding H1 2017) – sebelum ini di tempat ketiga pada Q1 2018.

Lain-lain jenama Jepun yang turut menyaksikan penurunan dalam perkongsian pasaran dan jumlah jualan termasuk Nissan (4.1% dari 4.8%) dan Isuzu (1.6% dari 1.9%), dengan Mazda dan Mitsubishi sedikit meningkat. Subaru pula memiliki 0.8% dalam perkongsian pasaran, sedikit meningkat dalam jualan sebanyak 2,318 unit (+1.18%), di belakang Volkswagen (1.2% perkongsian pasaran dan 3,344 unit terjual) dan Ford (0.8% perkongsian pasaran dan 3,072 unit terjual).

Bagi pasaran premium, Mercedes-Benz menjual lebih kereta pada H1 2018 (6,950 unit) berbanding tempoh yang sama tahun lalu (6,034 unit) dengan 2.4% perkongsian dalam pasaran. Manakala BMW pula memegang 1.8% perkongsian pasaran dengan terjual 5,340 kereta pada H1 2018 berbanding 4,816 kereta pada H1 2017. Begitu juga dengan jenama lain seperti Kia, Peugeot, Volvo, MINI, Lexus dan Renault yang menunjukkan peningkatan dalam angka jualan pada H1 2018 berbanding H1 2017, walau pun perkongsian pasaran mereka tidak berkembang oleh margin yang besar.

Untuk melihat lebih terperinci mengenai perkongsian pasaran bagi setiap jenama kereta, sila klik carta di bawah untuk versi yang lebih besar.

Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required