Kenstomoto Azimuth – jentera 300 cc berlagak bengis

Kenstomoto Azimuth – jentera 300 cc berlagak bengis

Mungkin ramai yang sudah biasa melihat motosikal kustom berkuasa tinggi menggunakan enjin V-twin, tapi pereka dan pembina dari Malaysia, Kenstomoto mahu mengubah perkara itu. Salah satu hasil kerja terbaru Kenstomoto tahun ini yang boleh dilihat dalam gambar adalah untuk seorang pelanggan antarabangsa, dan beliau telah datang beberapa kali ke Malaysia untuk berjumpa dengan pengasas Kenstomoto, Kenny Yeoh bagi menyatakan hasrat penghasilan motosikal unik ini.

Beliau mahu menggunakan asas daripada Benelli TnT 300, dan Kenstomoto telah memasukkan elemen penggayaan tersendiri pada motosikal sports naked 300 cc yang dipanggil sebagai Azimuth ini. Hasilnya cukup kemas dan unik, dan menurut Kenny, beliau dapat melihat kemungkinan satu kit khas akan dikeluarkan pada masa hadapan.

Bahagian enjin, kerangka dan roda tidak diusik, namun tangki bahan api ditambah dengan kit Azimuth, bersama tempat duduk tunggal, serta penutup untuk bahagian belakang dan bawah enjin. Kemudian, lampu halogennya telah diganti dengan sistem LED serta perumah tersendiri.

Segala pendawaian untuk lampu ini disatukan secara terperinci dengan sistem pendawaian asal yang ada, tanpa mendedahkan kepada mata kasar sebarang belahan, cantuman atau pembalut wayar. Apabila lengkap semuanya, ia nampak seperti sebuah robot Jepun yang menunjukkan muka bengis.

Kenstomoto Azimuth akan didedahkan kepada orang awam semasa acara Art Of Speed hujung minggu ini di MAEPS, Serdang, tetapi kami telah diberikan penghargaan untuk melihatnya lebih awal dan menunjukkannya kepada anda. Selain motosikal ini, Kenny juga akan menunjukkan satu lagi jentera istimewa yang digelar sebagai Valkyrie, di mana ia akan bertanding dalam Art of Speed Invitational Bike Build-off 2018.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required