Volkswagen Golf Mk8 – teaser sudah disiar walaupun hanya akan muncul pada suku ketiga tahun hadapan

Volkswagen Golf Mk8 – <em>teaser</em> sudah disiar walaupun hanya akan muncul pada suku ketiga tahun hadapan

Volkswagen Golf generasi kelapan atau Golf Mk8 hanya akan diperkenalkan pada suku ketiga 2019, namun ketiga Sesi Pembentangan Tahunan Jenama, VW telah pun menyiarkan teaser untuk model generasi baharu itu.

Tiada gambar sebenar pada teaser berkenaan, tetapi Volkswagen telah menyiarkan garis badan untuk Golf generasi kelapan tersebut. Golf Mk8 akan menampilkan evolusi dan bukan revolusi dan garis badan ikonik model tersebut akan dikekalkan bersama bentuk pada tiang-C. Tetapi model generasi seterusnya itu akan diberikan lampu hadapan yang lebih tirus serta memulakan garis bahu yang lebih menonjol dari bahagian tersebut hingga ke lampu belakang.

Dijangka Golf generasi baharu ini akan dilengkapi pelbagai teknologi baharu yang telah di prebiu oleh VW sebelum ini seperti prototaip lampu matrix yang boleh memaparkan mesej yang direka dengan kluster seakan lampu Golf sedia ada tetapi lebih tirus. Ia juga mungkin akan menerima sistem infotaimen dan paparan-paparan yang seiras seperti Touareg generasi terbaharu.

Golf Mk8 akan diasaskan dari platform baharu MQB dan dilaporkan dan akan dihasilkan 50 kg lebih ringan. Ia bakal menerima sistem hibrid ringkas 48-volt, dengan versi GTI dijangka turut menerima sistem yang tersebut dengan pengecas turbo elektrik, membolehkan ia mejana kuasa sekitar 261 hp seperti model Golf GTI Clubsport.

Manakala untuk versi diesel, enjin turbodiesel EA288 Evo 2.0 liter TDI akan digandingkan dengan sistem hibrid ringkas 12-volt, ditawarkan dengan kuasa yang ditala bermula 136 hp hingga 204 hp. Enjin 1.6 liter diesel pula dijangka akan digantikan dengan enjin 1.5 liter baharu, sementara enjin petrol 1.0 liter tiga-silinder dan 1.5 liter empat silinder TSI pada Mk7 akan terus digunakan pada Mk8.

Bagi model berprestasi tinggi lebih mesra alam, GTE plug-in hybird dijangka akan menerima penambahbaikkan pada teknologi elektrik, di mana jarak memandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya akan lebih jauh dari jarak 50 km pada model sedia ada. Pendedahan model Golf generasi baharu pada suku ketiga 2019 tersebut akan dibuat selepas Passat facelift diperkenalkan dan sebelum hatchback elektrik I.D membuat kemunculan sulung.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required