Toyota anjur kempen baharu panggil balik 1.7 juta kenderaan di seluruh dunia angkara beg udara Takata

Toyota anjur kempen baharu panggil balik 1.7 juta kenderaan di seluruh dunia angkara beg udara Takata

Nampak gayanya isu beg udara buatan Takata ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Semalam Toyota Motor Corp telah mengumumkan sejumlah 1.7 juta lagi kenderaan di seluruh dunia yang akan dipanggil balik angkara beg udara tersebut. Kempen panggilan balik terbaharu ini melibatkan model kenderaan buatan 2010 hingga 2015, dengan 1.3 juta daripadanya di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Reuters, setakat ini, di Amerika Syarikat sahaja, lebih 10 juta kenderaan telah pun dipanggil balik ekoran masalah yang sama, menjadikannya sebagai kempen panggil balik terbesar di dunia. Minggu lalu, Ford Motor Co berkata telah memanggil balik sejumlah 953,000 kenderaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan masalah yang sama. Secara keseluruhannya, sebanyak 19 pengeluar kenderaan telah memanggil balik lebih 100 juta kenderaan di seluruh dunia yang berpotensi mengalami masalah kerosakan beg udara ini.

Setakat ini, sebanyak 23 kes kematian telah dilaporkan di seluruh dunia berhubung dengan inflator beg udara Takata, termasuk beberapa kejadian yang turut berlaku di Malaysia. Dan sebanyak 290 kes kecederaan di seluruh dunia berlaku akibat beg udara Takata yang meletup, dengan serpihan logamnya berhamburan di dalam kenderaan.

Untuk panggilan balik terbaharu ini, belum dipastikan adakah kenderaan buatan Toyota di Malaysia turut terlibat atau pun tidak. Kita tunggu pengesahan daripada UMW Toyota berhubung perkara ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required