Toyota Supra A90 – video bocor sebelum pelancaran

Someone goofed.. Toyota accidentally released the 2020 Supra video 4 days before unveiling at the motorshow! :O

Posted by Mark Trueno on Khamis, 10 Januari 2019

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pengenalan rasmi model serba baru Toyota Supra yang akan dilakukan di Detroit, sebuah video promosi pendek 45 saat telah mula bocor di atas talian, mendedahkan sepenuhnya model berkenaan.

Kereta coupe merah yang ditampilkan dalam video berkenaan kelihatan sangat mirip dengan gambar-gambar awal yang pernah bocor sebelum ini. Selari dengan perkembangan ini, Toyota juga ada satu teaser terakhir berkaitan kereta yang sama di dalam laman web medianya, dengan ucapan “Have A Supra New Year”.

Supra A90 akan dijana enjin petrol 3.0 liter enam-silinder dengan pengecas turbo twin-scroll, bersama sistem suntikan terus dan injap kawalan bervariasi, menghasilkan kuasa lebih dari 295 hp dan tork maksima 450 Nm. Digandingkan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik, Toyota mendakwa Supra generasi kelima ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa tidak sampai lima saat.

Toyota Supra A90 – video bocor sebelum pelancaran

Seperti yang diketahui, Supra generasi kelima ini dihasilkan Toyota menggunakan platform yang sama dengan BMW Z4 generasi terkini. Namun dilihat dari bahagian luar, kedua-dua kereta sport tersebut tampil dengan rupa yang berlainan tidak seperti kembar Toyota 86 dan Subaru BRZ. Z4 kekal dengan bentuk roadster menampilkan bumbung boleh buka, dan Supra juga kekal dengan gaya GT dua-pintu.

Ikuti juga liputan kami dari Tokyo Auto Salon 2019, yang antara lain turun menjadi medan pemeran bagi model konsep jentera lumba GR Supra Super GT. Ia akan berlumba dalam siri Super GT pada 2020 nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required