Melihat kepada rekaannya saja, Toyota C-HR memang mudah dikenali kerana penampilan yang unit dan sporty dalam segmen SUV crossover. Dan, ia tidak berakhir hanya pada rekabentuk; warna-warna yang dipilih juga sangat menyerlah. Kini, untuk pasaran Eropah, ada satu lagi warna baru edisi terhad diperkenalkan, Neon Lime.
Warna ini mengambil ilham dari warna Thermo-Tec Lime Green yang digunakan pada Prius model semasa. Warna cerah itu digandingkan bersama bumbung hitam, lampu utama LED dan rim 18-inci matte (penyudah yang sama seperti yang kita lihat pada C-HR dengan rim 17-inci untuk pasaran tempatan tahun ini).
Ruang dalaman menggunakan material kulit hitam dan Alcantara eksklusif, serta sistem audio JBL. Warna Neon Lime ini hanya ditawarkan bagi model hibrid, dengan enjin 1.8 liter VVT-i (122 PS/142 Nm) kitaran Atkinson yang digandingkan dengan motor elektrik dan memberikan penggunaan minyak 3.8 liter bagi 100 km.
Cuma ada 2,000 unit sahaja akan dikeluarkan, dilengkapi juga dengan 360ΒΊ JBL Music Experience Pack. Ini merangkumi pembesar suara dan headphone JBL, bersama langganan enam bulan servis streaming muzik Deezer.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000