Nissan Leaf Autech tampil peningkatan lebih kemas

Nissan Leaf Autech tampil peningkatan lebih kemas

Selepas Nismo, satu lagi syarikat ubah suai yang sudah bekerjasama lama dengan Nissan, iaitu Autech pula mengeluarkan Leaf versi mereka. Setakat ini ia diumumkan hanya untuk pasaran Jepun, dan akan mula dijual pada bulan Julai di sana, dengan pilihan pakej bateri 40 kWh atau 62 kWh.

Pelanggan juga boleh memilih antara enam warna luaran, termasuk satu yang sudah menjadi tanda unik Autech iaitu Aurora Flare Blue Pearl. Pilihan lain adalah Super Black, Radiant Red, Brilliant White Pearl, Brilliant White Pearl/Super Black dua tona dan Sunlight Yellow/Super Black.

Beberapa bahagian kenderaan ini juga telah dicat dengan warna metalik, seperti bahagian bawah bampar, cermin sisi, kemasan side sill serta diffuser belakang. Pada bahagian lain, lampu LED hadapan turut menggunakan corak berpetak, manakala rim adalah unit 17 inci yang dibalut tayar 215/50, bersama lencana Autech.

Pada bahagian dalam, Leaf Autech nampak lebih menyerlah berbanding Leaf standard, dengan penggunaan tempat duduk serta kulit pintu yang dibalut kulit sintetik biru serta corak jahitan berlian. Ia kemudiannya diperincikan lagi dengan jahitan benang biru.

Tema sama turut digunakan pada bahagian roda stereng, dan bagi melengkapkan kesemuanya, kemasan kayu warna gelap serta lencana Autech di bahagian tengah papan pemuka. Barangan pilihan tambahan yang disediakan untuk orang ramai adalah termasuk pelapik lantai, visor tingkap, hiasan besi tepi pintu berlampu, pemegang nombor plet dan juga sarung kunci.

Harga Leaf Autech bermula dari 3,931,200 yen (RM150,358) untuk model yang menggunakan bateri kapasiti rendah, manakala model e+ dengan bateri lebih besar dijual pada harga 4,432,320 yen (RM169,528). Barangan aksesori tambahan pula dijual pada harga antara 2,700 yen (RM103) hingga 39,150 yen (RM1,497).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required