Lexus ES 250 2019 tiba di Malaysia – dari RM299,888

Lexus ES 250 2019 tiba di Malaysia – dari RM299,888

Selepas dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia waktu pameran KLIMS 2018, Lexus ES 250 (generasi ketujuh) kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium pada harga RM299,888 dan Luxury pula pada harga RM332,888. Walaupun baru dilancarkan, tempahan untuk model ini sebenarnya sudah dibuka sejak bulan Julai lalu.

Hasil penggunaan platform “Global Architecture” K (GA-K) baru, ES 250 2019 ini mencatat ukuran yang lebih panjang, dengan ukuran dimensi keseluruhan 4,975 mm panjang (65 mm), 1,865 mm lebar (+45 mm) dan jarak roda 2,870 mm (+50 mm). Tinggi pula menurun sebanyak 5 mm.

Model yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.5 liter Dynamic Force, dipadankan bersama sistem transmisi automatik Direct Shift lapan-kelajuan, mampu menghasilkan 204 hp pada 6,500 rpm dan 243 Nm dari 4,000 hingga 5,000 rpm. Kuasa ini disampaikan kepada dua roda hadapan. pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 9.1 saat manakala laju maksimum pula adalah 210 km/j.

Lexus ES 250 2019 tiba di Malaysia – dari RM299,888

Jika diperhatikan secara teliti, anda akan dapat melihat bumbung ES 250 baru ini lebih menjunam di belakang seperti sebuah coupe. Bagi varian Premium, ia menggunakan lampu utama LED Bi-Beam tunggal manakala varian Luxury menggunakan lampu LED 3 Bi-Beam serta Adaptive High Beam System. Rekaan rim dua varian ini juga berbeza, tetapi masih lagi bersaiz 18 inci. Saiz tayar varian Premium adalah 215/55 manakala Luxury menggunakan saiz 235/45.

Pakej keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+), yang ditampilkan awalnya pada model Lexus NX300 2019, turut ditawarkan pada model ini. Ia merangkumi ciri seperti 10 beg udara, Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Stop/Go dan Adaptive High-Beam System (AHS).

Kelengkapan lain yang terdapat pada varian Premium adalah termasuk lampu tinggi automatik, tempat duduk berliang dengan larasan kuasa di hadapan (memori untuk bahagian pemandu), kemasan kayu shimamoku, skrin tengah lapan inci, panel instrumen digital tujuh inci, bumbung panoramik, pemilih mod memandu (Normal, Eco, Sport), sistem tanpa kunci dengan butang pemula enjin (serta kunci kad pintar), pendingin hawa dua zon dengan penapis dan generator ion Nanoe dan sistem audio 10 pembesar suara Pioneer.

Varian Luxury pula datang dengan tempat duduk hadapan larasan kuasa dan memori untuk penumpang hadapan, tempat duduk belakang yang boleh disandar secara elektronik (sehingga lapan darjah), pengawal suhu tiga zon, head-up display, skrin tengah 12.3 inci dengan navigasi, kamera 360 darjah, pembuka but belakang tanpa sentuh, lampu suasana, penghadang cahaya matahari tingkap belakang dan pengecas Qi.

Satu lagi perbezaan adalah pada varian Luxury mendapat panel pengawal pada perehat tangan belakang. Untuk kemasan dalam, varian Premium menggunakan balutan kulit sintetik manakala Premium menggunakan kulit semi-aniline. ES 250 2019 boleh disediakan dalam pilihan tujuh warna luaran dan dua warna kemasan dalam.

Lexus ES 250 Luxury 2019

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required