Honda Civic 2019 dipertontonkan di M’sia – dilengkapi Honda Sensing, spoiler but dan roda aloi 18-inci

Honda Civic 2019 dipertontonkan di M’sia – dilengkapi Honda Sensing, <em>spoiler</em> but dan roda aloi 18-inci

Menjelang pelancarannya di Malaysia tidak lama lagi, Honda Malaysia turut mengambil kesempatan dalam penganjuran acara “Road to 900k Milestone” di Bukit Jalil pada hujung minggu baru-baru ini untuk mempertontonkan Civic facelift 2019. Walau bagaimana pun, unit yang dipamerkan di ruang pameran hanya boleh ditonton luarannya sahaja, tidak didedahkan bahagian dalamannya kerana cerminnya digelapkan sepenuhnya.

Seperti yang pernah disebut-sebut sebelum ini, semakan penggayaan bahagian luaran hanya melibatkan sedikit perubahan – ini termasuklah bahagian hadapannya yang ditampilkan gril baharu dengan “wing” hitam pekat yang menggantikan kepingan krom pada model semasa. Malahan seksyen bawah pada bampar hadapan kini juga dengan kemasan hitam. Di belakangnya, bampar baharu turut ditampilkan dan kini turut didatangkan dengan spoiler but, menampakkan gaya yang lebih sporty.

Ciri baharu lain yang turut ditampilkan ialah roda aloi 18-inci tetapi hanya untuk varian 1.5 TC-P, spesifikasi tertinggi daripada tiga varian yang bakal ditawarkan, dengan spesifikasi tengah 1.5 TC dan model asas 1.8 S. Tiada perubahan output untuk kedua-dua penjana kuasa – masih mengekalkan unit L15B7 1.5 liter VTEC Turbo empat-silinder (173 PS/220 Nm) dan 1.8 liter SOHC naturally-aspirated empat-silinder (141 PS/174 Nm).

Honda Civic 2019 dipertontonkan di M’sia – dilengkapi Honda Sensing, <em>spoiler</em> but dan roda aloi 18-inci

Kedua-dua enjin juga masih menggunakan kotak gear yang sama, Earth Dream CVT, yang menyalurkan kuasanya ke roda hadapan. Elemen baharu yang paling menarik diberikan untuk Civic 2019 ini ialah ia turut ditampilkan dengan Honda Sensing dan Civic 2019 menjadi model pemasangan tempatan (CKD) ketiga yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu dan ciri keselamatan ini selepas CR-V dan Accord.

Lain-lain ciri keselamatan termasuklah Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW).

Selain itu, ia turut menampilkan Auto High-Beam (AHB) dan sistem kamera-sisi LaneWatch, enam beg udara, sensor parkir hadapan, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS, EBD, bantuan brek, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki dan kamera undur.

Bukan itu sahaja, ciri baharu lain termasuk bilah pengelap cermin automatik, dan tempat duduk belakang boleh baring 60:40 (sebelum ini ia sekadar tempat duduk tetap sahaja). Untuk 1.5 TC kini dilengkapi dengan lampu utama dan lampu kabus LED (sebelum ini unit halogen) serta LaneWatch.

Manakala untuk 1.5 TC-P, selain Honda Sensing dan roda aloi 18-inci, hanya varian ini sahaja dilengkapi gril hitam dan spoiler but secara standard. Honda Civic 2019 telah pun dibuka tempahannya dan dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required