Pengeluaran BMW i8 Coupe, Roadster ditamatkan

Pengeluaran BMW i8 Coupe, Roadster ditamatkan

BMW telah mengumumkan secara rasmi bahawa pengeluaran model i8 Coupe dan Roadster akan dihentikan terus April ini – enam tahun selepas ia membuat penampilan pertama semasa Frankfurt Motor Show 2013 dan menjadi tapak permulaan pengenalan model-model plug-in hybrid lain oleh pengeluar itu.

Menurut BMW, i8 telah menjadi kereta sport dengan sistem penggerak bantuan elektrik yang paling berjaya di dunia dengan lebih 20,000 unit telah terjual – lebih banyak kalau dibandingkan dengan jumlah gabungan semua pesaing dalam segmennya. Selain daripada itu, i8 juga memegang 50% perkongsian pasaran global dalam segmen kereta sport dengan penggerak bantuan elektrik sehingga April 2020.

Buat masa ini kita masih tidak tahu sama ada akan terdapat penyambung generasi untuk i8, tetapi melalui laporan yang dikeluarkan oleh Automobile Magazine, BMW mempunyai perancangan untuk mengeluarkan sebuah kereta elektrik penuh dengan enjin di tengah yang dipanggil sebagai i12. Penggerak eDrive generasi kelima yang akan digunakan pada model itu boleh memberikan jarak gerak sehingga 700 km dan kuasa 710 hp, seperti yang ditunjukkan oleh kereta eksperimen Power BEV.

Pengeluaran BMW i8 Coupe, Roadster ditamatkan

Sebagai imbasan, i8 adalah sebuah kereta sport dengan tempat duduk 2+2 dan mempunyai pembahagian berat 50:50 antara depan dan belakang. Beratnya cuma 1,500 kg, sementara pek bateri pula terletak di bawah lantai, dan di tengah kenderaan untuk menghasilkan titik graviti yang rendah.

Kuasa penggerak datang daripada gabungan enjin petrol tiga silinder 1.5 liter 228 hp/320 Nm dengan motor elektrik 141 hp (105 kW). Kuasa daripada enjin petrol dihantar ke roda belakang melalui transmisi Steptronic enam kelajuan manakala kuasa daripada motor elektrik dihantar ke roda hadapan melalui kotak gear automatik dua kelajuan. Secara keseluruhan ia mampu menghasilkan kuasa 369 hp, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required