Ferrari gantung operasi pengeluaran kerana COVID-19

Ferrari gantung operasi pengeluaran kerana COVID-19

Ferrari akhirnya membuat keputusan untuk menggantung operasi pengeluarannya di Maranello dan Modena disebabkan penularan wabak COVID-19. Penggantungan operasi kilang berkenaan adalah serta merta, dan semua fasiliti ditutup hingga 27 Mac 2020.

Keputusan ini diambil selepas seminggu syarikat ini memutuskan untuk meneruskan operasi kilang biar pun Itali telah mengambil langkah perintah berkurung atau ‘lock down’. Malah sebelum ini, Ferrari juga berkata, bekalan komponennya masih mencukupi. Walau bagaimana pun, akhirnya syarikat ini berhadapan dengan masalah stok bekalan hingga tidak dapat meneruskan operasi.

Bukan itu sahaja, aktiviti yang tidak melibatkan pengeluaran tetap diteruskan, contohnya para pekerja bekerja dari rumah atau pun secara berasingan. Malah divisi pelumbaan Scuderia Ferrari juga turut menggantung semua aktivitinya.

CEO Ferrari, Louis Camilleri berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Ferrari atas komitmen besar mereka sejak beberapa hari lalu. Atas keprihatinan, kami ingin memaklumkan langkah penggantungan operasi ini.”

Minggu lalu, Lamborghini telah mengambil keputusan untuk menggantung operasi pengeluarannya sehingga 25 Mac ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required