FCA Italy, Maserati gantung operasi kilang di Eropah

FCA Italy, Maserati gantung operasi kilang di Eropah

Fiat Chrysler Automobiles telah mengumumkan syarikat subsidiarinya, FCA Italy dan Maserati, membuat keputusan untuk menutup sementara operasi bagi kilang produksi di Eropah. Langkag ini diambil susulan pihak berkuasa benua terbabit yang mahu membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Penggantungan sementara operasi ini dilaksanakan serta merta hingga 27 Mac ini. FCA akan terus memantau situasi, dan sebarang perkembangan dan bila produksi boleh diteruskan akan diumumkan mengikut keadaan kelak. Fasiliti terbabit termasuk kilang Tychy di Poland dan Kragujevac di Serbia. Manakala fasiliti di Itali iaitu di Melfi, G. Vico (Pomigliano), Cassino, Mirafiori Carrozzerie, Grugliasco, dan Modena, akan turut terlibat dengan penggantungan operasi ini.

Sementara itu, FCA juga akan mengubah protokol produksi di kilang lain, termasuk menetapkan jarak sosial antara pekerja di stesen kerja. FCA juga akan menambah kekerapan pembersihan dan pembasmian kuman untuk keselamatan para pekerja. Kawalan keselamatan yang ketat juga akan dikenakan di semua bahagian FCA, dan mana-mana pekerja yang bertugas di bahagian pejabat diminta bekerja dari rumah masing-masing.

Sepanjang tempoh penggantungan ini, FCA akan mengambil peluang untuk mengimplementasi semakan semula untuk protokol kawalan kualiti dan produksi untuk memberi lebih manfaat kepada para pelanggan, di samping mempertingkatkan produktiviti. Maserati juga telah mengambil langkah yang sama dengan kebanyakan pengeluar kereta lain yang telah mengumumkan penggantungan operasi kilang termasuklah Lamborghini dan Ferrari.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required