Honda Forza 300 versi 2020 diperkenalkan di Eropah

Honda Forza 300 versi 2020 diperkenalkan di Eropah

Skuter maxi mempunyai peminatnya yang tersendiri, termasuklah di negara kita dengan banyak pilihan daripada pelbagai jenama. Bagi menarik lebih ramai pengguna, kebanyakan model yang menggunakan kapasiti 300 cc di negara Eropah diperkenalkan di negara kita dengan enjin 250 cc, seperti Yamaha XMax 250. Namun, tidak bagi Honda kerana mereka membawa terus model Forza 300 ke dalam pasaran Malaysia dengan harga RM31k semasa dilancarkan November 2018 lalu.

Kini, model tahun 2020 sudah ditunjuk di Eropah. Mungkin sedikit menghampakan, tiada perubahan mekanikal atau bentuk pada skuter ini, cuma ia diberi satu pilihan versi “Limited Edition” yang menggunakan warna kelabu berserta kemasan hitam berkilat, jahitan merah pada tempat duduk, jalur merah pada rim, kotak simpanan barang dengan kunci yang sama serta logo Forza 300 yang baru.

Selain daripada itu, semua bahagian masih lagi sama termasuk enjin, yang dikuasakan unit satu silinder empat strok suntikan bahan api 279 cc, berkemampuan 24.8 hp pada 7,000 rpm dan 27.2 Nm tork pada 5,750 rpm. Tangki bahan api adalah berkapasiti 11.5 liter dan berat keseluruhan adalah 182 kg.

Penghadang angin hadapan skuter ini boleh dikawal secara elektronik menggunakan butang yang terdapat pada bahagian kiri pemegang dan ia juga dilengkapi dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk memberi cengkaman yang terbaik (bertindak seperti kawalan cengkaman dan boleh ditutup). Ciri menarik lain adalah di bawah tempat duduknya boleh memuatkan dua helmet dan datang dengan sistem kunci pintar.

Semua lampu Forza 300 menggunakan unit LED dan kelengkapan lain yang ada padanya termasuk brek cakera depan dan belakang dengan sistem ABS two-channel, rim 15 inci di hadapan dan 14 inci di belakang, fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap di belakang, tinggi tempat duduk 780 mm serta meter gabungan digital dan analog.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required