Polis umum tujuh sekatan jalan, lima penutupan jalan di Hulu Selangor – semua di sekitar Bukit Beruntung

Polis umum tujuh sekatan jalan, lima penutupan jalan di Hulu Selangor – semua di sekitar Bukit Beruntung

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga hari ini, maka kawalan dan sekatan jalan pun diperketatkan. Sebagai contoh, polis daerah Hulu Selangor telah mengumumkan beberapa langkah penguatkuasaan tambahan yang akan diperkenalkan dengan mengadakan tujuh sekatan jalan 24 jam dan lima penutupan jalan di daerah itu, bermula 14 April.

Tujuh sekatan jalan berkenaan bertempat di KM4 Jalan Ulu Yam-Sungai Tua, KM34 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur and at the Tanjung Malim, Lembah Beringin, Sungai Buaya, Bukit Tagar dan tol plaza Bukit Beruntung.

Lima jalan di daerah yang akan ditutup kepada semua aliran trafik pula ialah Jalan Utama Persiaran Kemboja dan Jalan Kemboja 4A di Taman Kemboja, Jalan Seroja 3A dan Jalan Seroja 3B di Taman Seroja serta Jalan Kasturi di Taman Kasturi.

Polis umum tujuh sekatan jalan, lima penutupan jalan di Hulu Selangor – semua di sekitar Bukit Beruntung

Makluman melalui sebuah kenyataan itu juga memberitahu bahawa pengguna-pengguna lalulintas boleh menggunakan Jalan Utama Lingkaran Kemboja di Taman Kemboja dan Jalan Utama Seroja di Taman Seroja sebagai laluan alternatif jika ada keperluan untuk keluar daripada kawasan berkenaan.

Kawalan yang lebih ketat di Hulu Selangor ini mengikut perkembangan sama yang dilakukan di Subang Jaya, Gombak, Kajang dan Petaling Jaya, dan akan kekal sehingga tamat PKP nanti.

Dengan tindakan daripada polis juga lebih berat kepada mereka yang ingkar PKP, duduklah di rumah sahaja jika anda tiada keperluan mendesak untuk keluar, jangan degil. Jika perlu juga keluar, pastikan ia dalam jarak yang dekat sahaja, tak lebih 10 km dari rumah anda dan hanya boleh ada seorang sahaja dalam kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required