Toyota Corolla Altis 2020 dengan kit Drive68 – segak!

Toyota Corolla Altis 2020 dengan kit Drive68 – segak!

Kita di Malaysia, mungkin ada rasa sikit kecewa kerana bukan sahaja tidak diberikan Corolla generasi ke-12 dengan pilihan hatchback, malah versi sedan untuk pasaran ASEAN ini juga tidak garang seperti yang diterima di Amerika Syarikat dan Jepun dengan muka lebih garang. Tapi jangan putus asa kerana banyak pembuat kit badan aftermarket yang mampu memberikan rupa lebih handsome pada Corolla ini, contohnya rekaan kit dari siri Drive68 oleh Ter Studio buatan Thailand ini.

Kit 86Drive yang dihasilkan untuk Corolla ini masih lagi berkait dengan rekaan asas kit Drive86 untuk Nissan Almera 2020 yang kami paparkan tempoh hari. Ia diberikan kemasan liang sisi bampar hadapan lebih agresif, spoiler bawah, skirt sisi, diffuser belakang dengan sepasang kemasan tip ekzos berkembar palsu serta serlahan jalur merah pada setiap komponen tersebut.

Untuk memberikan rupa yang lebih lengkap, anda perlu memadankan sendiri set rim yang lebih besar dan sporty dan juga spoiler pada penutup but belakang. Kit ini dijual pada harga 17,500 baht (RM2,320) – termasuk cat.

Toyota Corolla Altis 2020 dengan kit Drive68 – segak!

Di Thailand, Corolla Altis ini turut hadir dalam varian GR Sport. Ia adalah satu-satunya varian Corolla Altis yang diberikan enjin NA 1.8L di Thailand, dijana oleh enjin 2ZR-FBE menghasilkan 140 PS dan tork maksima 177 Nm – sedikit lebih berkuasa dari model pasaran Malaysia yang dijana enjin 1.8L 2ZR-FE berkuasa 139 PS/173 Nm. Kuasa dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik Super CVT-i, yang akan memberikan tujuh-kelajuan maya jika anda memilih mod manual.

Selain dari model ini, Altis pasaran Thai hadir dengan pilihan enjin sama ada 1.6 liter NA berkuasa 125 PS/156 Nm, dan versi hibrid dengan gandingan enjin petrol 1.8 liter kitaran Atkinson 2ZR-FXE berkuasa 98 PS/142 Nm serta motor elektrik berkuasa 72 PS/122 Nm – secara keseluruhan Corolla Altis Hybrid dibekalkan dengan kuasa 122 PS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required