Lotus Evija – pelanggan boleh ubah suai atas talian

Lotus Evija – pelanggan boleh ubah suai atas talian

Pada bulan Julai tahun lalu, Lotus telah memperkenalkan sebuah hypercar elektrik yang diberikan nama Evija dan cuma akan dihasilkan sebanyak 130 unit. Kepada mereka yang berminat, kini Lotus telah memperkenalkan platform atas talian untuk memberikan peluang pelanggan mengubah suai kenderaan mereka mengikut citarasa sendiri.

Daripada warna luaran, hinggalah kemasan dalam, pelanggan boleh melihat bagaimana rupa kenderaan tersebut dari segenap sudut melalui gambar digital serta animasi definisi tinggi. Sistem asas perisian ini diambil daripada permainan video dan menunjukkan gambar yang realistik.

Satu lagi ciri yang dipanggil sebagai ray-tracing membenarkan pelanggan meletakkan kenderaan mereka di beberapa tempat berlainan di dunia untuk melihat bagaimana rupanya apabila terkena cahaya di situ. Setelah mereka berpuas hati dengan ubah suai yang dilakukan, perisian ini akan membuat satu video 360 darjah untuk tontonan akhir.

Lotus Evija – pelanggan boleh ubah suai atas talian

Proses ubah suai atas talian ini ditunjukkan melalui video di bawah, di mana kereta tersebut menggunakan warna Atomic Red berserta pakej kemasan Carbon Black. Suasana sekitar yang dipilih adalah dalam pusat rekaan Lotus di Hethel, UK dan kereta itu juga ditunjukkan dalam warna Solaris Yellow dan Carbon Black.

Menurut Lotus, platform ubah suai ini adalah salah satu elemen dalam pengalaman pemilikan Evija. Setiap pelanggan juga nanti akan menerima hadiah unik daripada Lotus dalam selang masa yang kerap sebagai menunjukkan ciri eksklusif dan teknikal Evija.

Pengeluaran Evija akan dimulakan hujung tahun ini, namun menurut Lotus, jumlah terhad untuk pengeluaran tahun pertama sudah pun habis dijual. Evija mempunyai berat cuma 1,680 kg dan mampu menghasilkan kuasa hingga 2,000 PS dan 1,700 Nm tork.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required