Mitsubishi Xpander sah masuk M’sia tahun ini — jadi pesaing terbaru kepada Honda BR-V dan Perodua Aruz

Mitsubishi Xpander sah masuk M’sia tahun ini — jadi pesaing terbaru kepada Honda BR-V dan Perodua Aruz

Ok, dah rasmi berita ini. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengesahkan yang Motsubishi Xpander akan dilancarkan di sini tahun ini. MPV crossover tujuh tempat duduk itu membuat penampilan globalnya yang pertama di Indonesia pada 2017.

“Xpander bukan hanya model penting bagi MMM, tetapi untuk rantau ASEAN juga. Setakat bulan Jun 2020, model ini telah mencatatkan jualan terkumpul sekitar 256,000 unit,” ujar Ketua Pengawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

“Kejayaan Xpander di beberapa negara jiran menunjukkan keserasian dan kesesuaian penggunaannya di rantau ini, termasuk di Malaysia kelak,” tambahnnya lagi. Belum ada tarikh pelancaran rasmi yang diumumkan, begitu juga dengan maklumat spesifikasi dan harga. Varian mana yang akan ditawarkan di sini juga belum didedahkan.

Mitsubishi Xpander sah masuk M’sia tahun ini — jadi pesaing terbaru kepada Honda BR-V dan Perodua Aruz

Sedikit maklumat yang diketahui tentang Xpander versi tempatan ini ialah ia bakal tampil dalam versi facelift yang diperkenalkan di Indonesia beberapa bulan lalu, berdasarkan spyshot yang dilihat sebelum ini. Selain itu, Xpander yang dijual di pasaran lain juga hanya datang dengan enjin 4A91 1.5 liter empat-silinder petrol, digandingkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan, pacuan roda depan.

Kita mungkin akan menerima enjin yang sama, yang menghasilkan kuasa sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm. Di sini, Xpander akan bersaing dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz, kedua-duanya menggunakan enjin 1.5 liter. Antara ketiga-tiganya, BR-V menghasilkan 120 PS dan 145 Nm, sementara Aruz dengan 102 PS dan 133 Nm. Hanya BR-V dilengkapi dengan CVT, dua lagi automatik empat-kelajuan.

Dari segi ukuran dimensi, Xpander memiliki 4,475 mm panjang dan 1,750 mm lebar, yang mana ia 18 mm lebih panjang dan 15 mm lebih lebar berbanding BR-V. Sementara jarak antara rodanya 2,775 mm pula adalah 113 mm lebih panjang daripada BR-V. Berbanding Aruz, Xpander juga lebih besar; dimensi Aruz ialah 4,435 mm panjang, 1,695 mm dengan jarak antara roda 2,685 mm.

Mitsubishi Xpander sah masuk M’sia tahun ini — jadi pesaing terbaru kepada Honda BR-V dan Perodua Aruz

Untuk harga pula, BR-V dijual pada harga antara RM86,726 (atas jalan tanpa insurans) bagi model asas 1.5 E hinggalah RM93,420.27 bagi 1.5 V – ini harga dengan pengecualian SST hingga hujung tahun 2020.

Aruz juga datang dalam dua varian, dengan paling asas 1.5 X pada harga RM68,526 manakala 1.5 Advance pada RM73,226. Untuk mendapat gambaran lebih luas, Xpander di Indonesia pula dijual pada harga dari 217.8 juta rupiah (RM63,625) hingga 275.1 juta rupiah (RM80,364). Jadi, berapa harga yang molek untuk Mitsubishi Xpander bila ia mula dijual di sini nanti?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required