Mitsubishi Eclipse Cross facelift 2021 didedahkan – rupa lebih tajam, ditawar dengan pilihan sistem PHEV

Mitsubishi Eclipse Cross <em>facelift</em> 2021 didedahkan – rupa lebih tajam, ditawar dengan pilihan sistem PHEV

Selepas hampir tiga tahun diperkenalkan, SUV segmen-B Mitsubishi yang menggunakan semula nama model sport ikoniknya iaitu Eclipse Cross kini sudah pun muncul dalam versi facelift. Model berkenaan bakal masuk ke pasaran Australia dan New Zealand bermula November tahun ini, dan kemudian ke Amerika Syarikat pada suku pertama 2021.

Model yang disegarkan semula ini diberikan sentuhan semula pada muka, bahagian belakang dan berberapa perincian kecil lain, serta ia kini turut ditawarkan dalam versi plug-in hybrid yang lebih mesra alam.

Pada bahagian muka, Eclipse Cross menampilkan rupa lebih tajam dari sebelum ini dan elemen rekaan signatur Dynamic Shield yang diberikan kini lebih mirip kepada MPV-SUV Xpander. Oleh itu, lampu utama pada bahagian hadapan telah dialihkan ke bahagian bampar, manakala di atas digantikan dengan lampu nyalaan siang LED yang sangat tirus.

Mitsubishi Eclipse Cross <em>facelift</em> 2021 didedahkan – rupa lebih tajam, ditawar dengan pilihan sistem PHEV

Kemasan krom berbentuk ‘X’ pada muka Eclipse Cross ini masih kelihatan, malah ia lebih terserlah dan nampak seakan sebahagian dari lampu nyalaan siang. Gril dengan elemen bar krom tidak lagi digunakan, dan digantikan dengan gril sarang lebah yang nampak lebih lasak.

Perubahan lebih besar dapat dilihat pada bahagian belakang. Tiada lagi lampu belakang yang merentangi sepenuhnya pintu tailgate SUV ini, dan ia digantikan dengan lampu berbentuk-L tanpa cermin belakang yang terbahagi. Bahagian bawah bampar juga menerima kemasan skid plate yang direka semula tanpa kemasan berwarna perak.

Dalam kabin, rekaan keseluruhan papan pemuka masih lagi nampak sama, tetapi skrin infotainmen tujuh-inci sebelum ini digantikan dengan skrin berdiri sendiri lebih besar bersaiz lapan-inci, dan turut menampilkan antara muka baharu bersama dua butang fizikal.

Mitsubishi Eclipse Cross <em>facelift</em> 2021 didedahkan – rupa lebih tajam, ditawar dengan pilihan sistem PHEV

Pad sesentuh pada model sebelumnya tidak lagi diberikan pada Eclipse Cross facelift ini, yang bukan sahaja memberikan rupa yang lebih ringkas, malah kawalan juga menjadi lebih mudah dengan sentuhan terus pada skrin sesentuh berkenaan.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Eclipse Cross masih dijana oleh enjin petrol 1.5 liter turbo empat-silinder berkuasa 153 hp dan tork maksima 249 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear CVT automatik dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda dengan sistem Super All Wheel Control (S-AWC) Mitsubishi.

Namun untuk pasaran lain, Eclipse Cross akan mula menerima pilihan janaan sistem plug-in hybrid yang dikongsi bersama Outlander PHEV, menampilkan enjin petrol 2.4 liter empat silinder digandingkan dengan dua motor elektrik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required