Proton serahkan lapan buah X70 untuk kegunaan Kem. Kesihatan dalam usaha memerangi Covid-19 di Sabah

Proton serahkan lapan buah X70 untuk kegunaan Kem. Kesihatan dalam usaha memerangi Covid-19 di Sabah

Ini satu lagi usaha Proton dalam membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi penularan wabak Covid-19 yang kini sudah masuk ke gelombang ketiga – jenama automotif nasional tersebut telahpun menyerahkan lapan unit Proton X70 kepada kementerian berkenaan untuk kegunaan petugas kesihatan di Sabah.

Kesemua SUV segmen-C tersebut akan digunakan untuk operasi logistik dan pengawasan dalam usaha membasmi coronavirus di negeri itu. Upacara penyerahan telah diadakan semalam di cawangan Proton 4S Fook Loi Corporation di Kota Kinabalu.

Usaha ini merupakan langkah tambahan yang diambil setelah Proton menyerahkan 50 unit Proton X70 untuk kegunaan Kementerian Kesihatan pada bulan Mac lalu, serta menghasilkan 60,000 pelindung muka, iaitu komponen penting Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) menerusi fasiliti mereka di Shah Alam dan mula diagihkan ke hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan seperti pihak polis dan angkatan tentera pada April

“Pandemik Covid-19 mungkin salah satu cabaran paling sukar yang pernah dihadapi dalam negara kita. Sebagai jenama Malaysia, Proton wajib menyokong usaha pihak kerajaan dan oleh itu, kami telah memberi bantuan dari awal lagi. Operasi logistik di Sabah lebih sukar berbanding Semenanjung Malaysia,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

“Proton X70 yang diserahkan akan digunakan untuk pergerakan ahli perubatan seperti doktor, jururawat dan pegawai KKM ke kawasan dimana mereka diperlukan. Kami berharap bahawa sumbangan ini akan tolong meringankan beban barisan hadapan perubatan di Sabah,” jelasnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required