Ducati Superleggera V4 tiba di M’sia – RM888k, 224 hp

Ducati Superleggera V4 tiba di M’sia – RM888k, 224 hp

Model Ducati paling berkuasa, paling maju dan masih boleh digunakan atas jalan biasa, iaitu Panigale Superleggera V4 telah tiba di Malaysia pada harga RM888,000. Walaubagaimanapun, hanya satu unit sahaja yang tiba dan ia sudah terjual.

Model ini hanya dihasilkan sebanyak 500 unit untuk seluruh dunia dan antara kelebihan utamanya adalah penggunaan gentian karbon pada bahagian termasuk kerangka, subframe, lengan ayun dan juga rim. Teknologi yang digunakan diambil daripada industri aeroangkasa.

Dengan ini, berat motosikal dapat dikurangkan sebanyak 16 kg berbanding Panigale V4 biasa, iaitu menjadi 159 kg sahaja. Digabungkan pula dengan enjin V4 yang berkuasa 224 hp dan 118 Nm tork, Superleggera V4 dapat menawarkan nisbah kuasa kepada berat 1.41 kg.

Apabila dipasang dengan kit lumba, jumlah kuasa ini dapat ditingkatkan lagi menjadi 234 hp pada 15,500 rpm dan 120 Nm tork pada 11,750 rpm. Bahagian suspensi juga menyumbang kepada pengurangan berat ini dengan penggunaan monoshock Ohlins yang mempunyai spring titanium.

Panel aerodinamik serta winglet yang terdapat pada bahagian hadapan motosikal ini diambil terus daripada jentera perlumbaan MotoGP dan WSBK, dan menurut Ducati, ia boleh menghasilkan daya tolak ke bawah sebanyak 50 kg, iaitu lebih 20 kg berbanding Panigale V4 dan V4R pada kelajuan 260 km/j. Bahagian elektronik turut dipertingkat dengan tambahan lima mod tunggangan boleh ubah, pencatat masa serta pengesan GPS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required