Malaysia akan teruskan projek HSR tanpa Singapura

Malaysia akan teruskan projek HSR tanpa Singapura

Projek High Speed Rail (HSR) yang lama tertangguh kini ada perkembangan baru. Ia tetap akan diteruskan walaupun tanpa penglibatan Singapura, berdasarkan maklumat sumber yang bercakap kepada The Malaysia Insight. Malaysia akan membayar pampasan RM300 juta kepada negara jiran itu, jelas laporan berkenaan.

Jun lalu, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkan penangguhan projek HSR KL-Singapura hingga 31 Disember 2020, dan menambah, ketika itu kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menyambung semula perbincangan berkaitan prasarana HSR dengan cadangan-cadangan perubahan.

Ketika itu, jika berlaku pembatalan projek HSR bermaksud Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura sebanyak RM500 juta untuk kos pelaksanaan projek.
Dua tahun lalu, alternatif yang lebih murah bagi HSR pernah dibincangkan, dan ini melibatkan cadangan naik taraf kepada prasarana landasan sedia ada berbanding untuk membina yang baru untuk HSR.

Alternatif yang lebih berkesan dari sudut kos ini ketika itu dijangka akan menelan belanja RM20 bilion, jauh lebih rendah berbanding kos sebenar HSR bernilai antara RM60 bilion hingga RM70 juta.

Cadangan untuk menggunakan prasarana sedia ada KTM akan menjadikan perjalanan berkenaan menjadi 130 minit bagi jarak antara Kuala Lumpur ke Singapura, berbanding masa dengan HSR yang hanya melibatkan 90 minit bagi jarak yang sama. Alternatif lebih murah itu juga hanya mampu mencapai kelajuan 200 km/j, berbanding HSR 320 km/j.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required