Toyota dedah jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar; 3.5L biturbo V6, 680 PS, 272 PS motor elektrik depan

Toyota dedah jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar; 3.5L biturbo V6, 680 PS, 272 PS motor elektrik depan

Toyota Gazoo Racing telah mendedahkan jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar, nama yang diberikan untuk kereta lumba yang akan dipertaruhkan oleh pengeluar Jepun itu di dalam Kejuaraan Endurans Dunia FIA musim 2021. Jenter ini dikuasakan oleh enjin 3.5 liter biturbo V6 yang menghasilkan 680 PS ke roda belakang, bersama dengan generator motor di gandar depan dengan 272 PS yang dibangunkan bersama oleh Aisin AW dan Denso.

Sebagai perbandingan, versi Super Sport untuk jalanan telah menggunakan unit 2.4 liter V6 dari TS050 Hybrid sebelum ini, diganding bersama Toyota Hybrid System-Racing (THS-R) dan memberikan output total 1,000 hp. Pada jentera GR010 Hybrid yang akan berlumba ini, output total yang dihasilkan adalah mengikut peraturan spesifikasi teknikal kategori berkenaan, iaitu 680 PS.

Ini bermaksud, sistem elektronik pada GR010 Hybrid akan mengurangkan output enjin pembakaran dalamannya sementara pacuan elektriknya dipertingkatkan. Pacuan elektrik berkenaan menggunakan bateri lithium-ion Toyota dan kapasiti minyak ialah 90 liter. Kuasa disalurkan melalui kotak gear sequential tujuh-kelajuan dengan kunci differential mekanikal dan klac multi-cakera.

Rim menggunakan Rays aloi magnesium 13 x 18 inci, dipasang dengan tayar Michelin Slicks dengan saiz 31/71-18. Brek pula menggunakan angkup monoblock Akebono dengan cakera karbon berliang, sementara suspensi dari jenis pushrod wishbones berkembar di depan dan belakang. Stereng pula dibantu oleh hidraulik.

Toyota dedah jentera GR010 Hybrid Le Mans Hypercar; 3.5L biturbo V6, 680 PS, 272 PS motor elektrik depan

Sebagai kesan daripada pengurangan kos yang dikenakan oleh peraturan WEC terkini, GR010 Hybrid dengan berat 1,040 kg ini adalah 162 kg lebih berat dan 32% kurang kuasa berbanding jentera endurans TS050 Hybrid, dengan laptime di litar Le Mans dijangka akan menjadi 10 saat lebih perlahan.

Dengan ukuran dimensi 4,900 mm panjang, 2,000 mm lebar dan 1,150 mm tinggi, GR010 Hybrid ini 250 mm lebih panjang, 100 mm lebih lebar dan 100 mm lebih tinggi berbanding TS050 Hybrid yang digantikannya. Ini juga kali pertama buat Toyota menyaksikan kempen WEC mereka menggunakan jentera tanpa unit generator motor belakang disebabkan oleh peraturan semasa.

Toyota Gazoo Racing akan mempertaruhkan dua jentera untuk penyertaan musim kesembilan nanti, dengan #7 dipandu oleh Mike Conway, Kamui Kobayashi dan Jose Maria Lopez sementara #8 dipandu oleh Sébastien Buemi, Kazuki Nakajima dan Brendon Hartley. Nyck de Vries kekal menjadi pemandu ujian dan simpanan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required