BMW 5 Series G30 LCI akan tiba di Malaysia – varian 530i dan 530e M Sport, pendaftaran minat dibuka

BMW 5 Series G30 LCI akan tiba di Malaysia – varian 530i dan 530e M Sport, pendaftaran minat dibuka

BMW 5 Series G30 facelift, yang didedahkan kepada dunia buat pertama kali bulan Mei tahun lalu bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi dan BMW Group Malaysia sudah mula membuka pendaftaran minat melalui laman web BMW Shop. Sedan eksekutif yang disegarkan semula ini akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 530e plug in hybrid dan 530i, kedua-duanya dalam versi M Sport.

Tiada perincian yang didedahkan setakat ini, tetapi gambar yang disiarkan di laman web mereka memberikan sedikit petunjuk. Selain pakej luaran M Sport, kedua-dua varian ini nampaknya akan ditawarkan dengan rim dua tona M Style 845 serta lampu utama dengan DRL berbentuk L (varian 530e mendapat unit LED sementara 530i mendapat unit Laserlight).

Varian 530i juga dilihat menggunakan bumbung suria, sekaligus menandakan ia adalah varian berspesifikasi lebih tinggi – tetapi kedua-duanya masih tidak akan mendapat Adaptive Cruise Control. Walaubagaimanapun, perlu kami nyatakan di sini, gambar yang digunakan mungkin sekadar contoh dan tidak menggambarkan kenderaan sebenar.

Pada bahagian mekanikal, varian 530i sepatutnya masih menggunakan enjin sama. Unit empat silinder 2.0 turbo B48 itu mendapat suntikan bahan api tekanan tinggi, dan kuasa masih kekal di 252 PS pada 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm tork antara 1,450 hingga 4,800 rpm – dihantar kepada roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan. Ada pasaran yang menerima sistem hibrid ringkas 48 volt, tetapi kita mungkin tidak.

Varian 530e pula akan menerima enjin 330e yang dinaik taraf, dengan menggabungkan unit B48 184 PS/300 Nm serta transmisi automatik lapan kelajuan, dengan motor elektrik. Kuasa keseluruhan menjadi 252 PS dan 420 Nm, sementara fungsi XtraBoost akan menambah lagi 30 kW (41 PS) apabila memecut, menjadikan kuasanya 292 PS.

Pada masa sama, unit 12 kWh (meningkat daripada 9.2 kWh) juga memberikan jarak gerak elektrik penuh yang lebih tinggi, iaitu antara 62 hingga 67 km (daripada 48 km). Selain daripada itu, model facelift ini juga menerima rekaan hadapan baru dengan lampu yang lebih tajam, gril serta bampar yang direka semula, lampu belakang tiga dimensi dan bentuk bampar belakang baru.

Di dalam, terdapat pilihan skrin sesentuh 12.3 inci yang lebih besar (standard 10.25 inci), serta butang kawalan di stereng yang disusun semula, butang hitam pada konsol tengah, tempat duduk lebih selesa dan pilihan kemasan dan balutan baru. Harga dijangka berada pada lingkungan yang sama – RM333,693 untuk 530e dan RM363,798 untuk 530i.

GALERI: BMW 5 Series G30 LCI

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required