Toyota 86 generasi baru mungkin lambat dilancar – Akio Toyoda tak mahu lagi sebuah klon Subaru BRZ

Toyota 86 generasi baru mungkin lambat dilancar – Akio Toyoda tak mahu lagi sebuah klon Subaru BRZ

Subaru BRZ 2022

Pada akhir tahun 2011, Subaru dan Toyota memperkenalkan kereta sport coupe dua-pintu yang mereka bangunkan bersama – BRZ dan 86 – secara serentak di Tokyo International Motor Show. Namun untuk generasi baharu ini, walaupun kerjasama untuk membangunkan model tersebut masih lagi berjalan, Subaru telah pun memperkenalkan BRZ 2022 pada November tahun lalu, tetapi masih lagi tiada berita berkenaan pelancaran Toyota 86 generasi seterusnya (dikhabarkan akan digelar sebagai GR 86).

Menurut laporan dari portal automotif Jepun, Best Car Web, ini adalah kerana presiden Toyota, Akio Toyota tak mahu lagi sebuah 86 yang sekadar klon dari Subaru BRZ seperti generasi sebelum ini – yang dibezakan hanya dengan logo dan juga sedikit perbezaan pada talaan suspensi.

Jadi, pelancaran GR 86 berkenaan mungkin tidak akan berlaku pada masa terdekat, sebaliknya ia mungkin akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Ini kerana pasukan pembangunan model berkenaan kini sedang menghadapi “kesukaran” untuk memenuhi permintaan yang tidak dijangka dari bos besar mereka itu.

Lukisan paten bampar hadapan Toyota GR 86

Best Car Web menyatakan bahawa GR 86 masih akan menggunakan rangkaian kuasa yang sama seperti BRZ generasi kedua iaitu enjin petrol 2.4 liter tanpa turbo FA24 yang mnghasilkan 231 PS dan tork maksima 249 Nm, digandingkan sama dengan kotak gear enam kelajuan dalam pilihan manual atau automatik.

Namun untuk GR 86, Akio Toyoda mahukan karekter prestasi yang berbeza, dan mungkin ia akan melibatkan talaan semula pada enjin dan juga nisbah gear pada transmisi yang berlainan dari BRZ.

Manakala untuk rupa, sebelum ini sudah pun bocor lukisan paten bampar hadapan GR 86 yang menyerupai elemen rekaan GR Yaris, berbeza dengan bampar hadapan Subaru BRZ. Dijangkakan, GR 86 juga bakal menampilkan rekaan lampu belakang yang lebih tersendiri dan berbeza dengan BRZ.

Walau bagaimanapun, laporan portal Jepun berkenaan menyebut bahawa rekaan dalaman antara GR 86 dan BRZ masih lagi akan menampilkan rupa yang hampir sama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required