Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

Selepas beberapa siri teaser disiarkan, kini Harrier 2021 dilancar untuk pasaran Malaysia. Hanya satu varian ditawarkan, iaitu 2.0 Luxury, dengan harga RM249,707 tidak termasuk insurans, dan dikira sekali dengan rebat SST 50%. Harga ini akan diguna sehingga 30 Jun 2021, sebelum ia dinaikkan menjadi RM259,000. Jaminan adalah selama lima tahun tanpa had batuan.

Bagi Harrier generasi keempat ini, ia dikuasakan oleh enjin empat silinder Dynamic Force 2.0 liter NA, dengan kemampuan 173 PS pada 6,600 rpm dan 203 Nm tork pada 4,400 hingga 4,900 rpm. Jumlah kuasa ini adalah lebih rendah berbanding enjin turbo yang diguna pada Harrier sebelum ini, dan dipadankan bersama transmisi Direct Shift CVT untuk menghantar kuasa tersebut kepada roda hadapan.

Dibina atas platform GA-K TNGA, Harrier baru ini sedikit lebih besar dan rendah berbanding model sebelumnya, sementara rekaannya menerapkan konsep Dignified Elegance. Melengkapi bahagian luarnya adalah lampu utama Bi-LED Projector automatik, DRL LED, gril hadapan tertutup serta lampu belakang LED yang bersambung dari kiri hingga kanan.

Toyota Harrier 2021 dilancar di Malaysia – satu varian berenjin 2.0L NA CVT 173 PS, harga RM249,707

Di bahagian dalam, tempat duduknya dibalut dengan kulit kombinasi warna hitam, dengan pelarasan kuasa 12 arah berserta memori diberikan pada bahagian pemandu dan larasan kuasa empat arah untuk penumpang hadapan. Pada papan pemuka, walaupun tidak mendapat unit skrin sesentuh 12.3 inci seperti Jepun, model pasaran Malaysia ini dilengkapi dengan skrin sesentuh lapan inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Turut diberikan adalah head-up display, pengecas Qi tanpa wayar, kamera undur, enam pembesar suara, panel instrumen TFT berwarna tujuh inci, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin serta pendingin hawa automatik dua zon. Di atas bumbung terdapat kaca panoramik luas tetapi tidak boleh dibuka.

Kelengkapan lain yang diberikan terus adalah lampu kabus LED, rim 18 inci, roda stereng balutan kulit yang boleh dilaras secara elektronik, tempat duduk boleh sandar dan lipat 60:40, sistem telematik kenderaan, penapis haba cermin premium, kamera hadapan dan belakang serta pintu but bukaan tanpa sentuh.

Pada bahagian keselamatan, Harrier 2021 dilengkapi pakej penuh Toyota Safety Sense, yang termasuk Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control dengan fungsi gerak dan henti, Lane Centring Assist, Lane Keeping Assist, Blind Spot Monitoring dengan amarak trafik dari belakang serta lampu tinggi adaptif. Tujuh beg udara, Stability Control dan cangkuk ISOFIX juga diberikan secara standard.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required