GPX Demon GR200R 2021 tiba di Malaysia – RM11,388

GPX Demon GR200R 2021 tiba di Malaysia – RM11,388

Jenama motosikal dari Thailand, GPX Racing, telah melancarkan sebuah model baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Demon GR200R. Ia dijual pada harga RM11,388 tidak termasuk insurans dan akan mula berada di kedai wakil pengedar Mei ini.

Model yang diperkenalkan sebagai pengganti Demon 150GR ini menyertai satu lagi model 200 cc GPX Racing, iaitu Gentleman 200, tetapi dengan bentuk badan sports. Ia digerakkan enjin satu silinder penyejukan cecair 198 cc, mampu menghasilkan kuasa 19 hp dan 17.2 Nm tork pada 6,500 rpm.

Sementara Demon 150GR sebelum ini mencuri perhatian dengan penampilan ala Ducati Panigale, GR200R ini pula mempunyai rupa seperti Yamaha YZF-R1 terutamanya apabila dipandang dari depan. Semua lampu model ini menggunakan LED, termasuklah DRL yang terdapat di kedua-dua sisinya.

Kotak gear enam kelajuan digunakan untuk menghantar kuasa kepada roda belakang melalui sistem rantai sementara suspensi pula menggunakan fork USD di hadapan dan monoshock YSS dengan pelarasan pra beban di belakang. Kedua-dua brek, bahagian depan dan belakang menggunakan sistem cakera, tetapi ia tidak dilengkapi ABS. Rim bersaiz 17 inci.

Demon GR200R mencatat berat keseluruhan 155 kg dan tangki bahan apinya boleh menerima hingga 11 liter minyak manakala di bahagian kokpit pula terdapat panel instrumen LCD untuk paparan segala informasi. Tinggi tempat duduk adalah 815 mm dan ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Red Fire, Matte Grey dan Black Space.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required