Hyundai-Sime Darby Motors tawar pelan pembiayaan khas — 9 tahun, pinjaman 90%, ansuran dari RM958

Hyundai-Sime Darby Motors tawar pelan pembiayaan khas — 9 tahun, pinjaman 90%, ansuran dari RM958

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan pelan pembiayaan baru yang menawarkan ansuran lebih rendah dan fleksibel. Pinjaman kenderaannya kini boleh dilanjutkan hingga sembilan tahun, dengan pembiayaan sehingga 90%.

Dengan pelan ini, bayaran ansuran bulanan Kona adalah serendah RM958, Elantara dari RM1,098, Grand Starex dari RM1,348, Santa Fe dari RM1,388 dan Sonata dari RM1,548. Semua angka yang dinyatakan ini adalah berdasarkan kadar pinjaman 90% untuk tempoh sembilan tahun.

“Pelaksanaan kelulusan pinjaman yang lebih ketat oleh bank kebelakangan ini telah menyebabkan permohonan pinjaman lebih ketat sebelum diluluskan. Kami faham kesannya terhadap pelanggan, maka untuk itu kami memperkenalkan skim pembiayaan ini bagi merendahkan lagi ansuran bulanan jika pelanggan membeli kereta baru dan membantu mereka mendapatkan pinjaman yang diperlukan,” jelas Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung.

Hyundai-Sime Darby Motors tawar pelan pembiayaan khas — 9 tahun, pinjaman 90%, ansuran dari RM958

“Dengan semua produk dan servis yang ditawarkan, kami ingin melangkaui jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman khusus dan memberikan nilai terbaik untuk mereka. Kami terus menyelidik jangkaan pelanggan terhadap barisan produk kami dan akan terus membuat penambah baikan untuk tujuan tersebut,” tambahnya.

Sebagai bonus, pelanggan yang membeli mana-mana model Hyundai 2020 dari sekarang hingga 30 Jun nanti akan menerima kerusi urut Ogawa Smart Vogue Prime bernilai RM11,999 secara percuma. Pengecualian SST juga masih berlangsung, jadi pelanggan akan mendapat penjimatan yang lumayan jika berbuat demikian. Semua kenderaan HSDM datang dengan jaminan kilang lima-tahun atau 300,000 km serta pakej servis percuma selama tiga tahun atau 50,000 km.

HSDM sejak beberapa waktu terdekat kebelakangan ini ada memperkenalkan model terbaru untuk pasaran tempatan, termasuklah Elantra 1.6 Executive — pilihan yang lebih murah bagi model generasi ketujuhnya (versi Premium dilancarkan Disember lalu) serta Kona facelift. Bagi model terakhir ini, versi N Line yang lebih sporty juga akan tiba tak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required