Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick Hybrid XLT. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Sebelum ini anda mungkin gelak melihat jenama-jenama yang tak biasa buat trak pikap, menghasilkan pikap mereka tidak menggunakan casis ladder frame, tetapi berasaskan kerangka unibody yang lebih serupa dengan SUV atau kereta biasa seperti Honda Ridgeline dan Hyundai Santa Cruz. Tapi nampaknya idea berkenaan sudahpun diterima oleh pembuat trak pikap mainstream – memperkenalkan, Ford Meverick 2022 yang dihasilkan dari platform unibody!

Ford Maverick ini dibangunkan dari platform yang sama dengan SUV Ford Escape/Kuga. Jadi ia berkongsi enjin yang sama dengan SUV berkenaan dengan menampilkan kedudukan enjin melintang dan model asas hanya memacu roda hadapan, serta ditawarkan dengan unit rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik.

Bagi model Maverick Hybrid, ia dijana oleh enjin petrol 2.5 liter kitaran Atkinson dan digandingkan dengan dua motor elektrik. Secara keseluruhan, rangkaian kuasa ini menghasilkan 191 hp dan tork maksima 210 Nm, hanya memacu roda hadapan.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Berbanding Escape Hybrid, kuasa yang dibekalkan pada Maverick Hybrid ini sebenarnya kurang 9 hp. Namun menurut Ford, ia masih mampu membawa muatan seberat 680 kg dan kapasiti menunda 900 kg. Malah Ford juga mendakwa bahawa Meverick Hybrid ini mampu mencapai penggunaan bahan api lebih baik dari Honda Civic iaitu 40 batu segelen (5.9 liter setiap 100 km).

Manakala untuk model petrol sepenuhnya, Maverick dijana oleh enjin turbo 2.0 liter EcoBoost berkuasa 250 hp dan tork maksima 378 Nm, digandingkan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik. Sebagai ciri standard model ini juga hanya memacu roda hadapan, manakala sistem pacuan semua roda ditawarkan sebagai opsyen – buat masa sekarang, ini sahaja pilihan yang ada jika anda mahukan sebuah Maverick AWD.

Jika sistem AWD tersebut digandingkan dengan satu lagi opsyen iaitu 4K Tow Package, kapasiti menunda Maverick ini dapat ditingkatkan sekali ganda kepada 1,800 kg – cukup untuk menunda sebuah bot dengan panjang 21-kaki. Trak pikap ini diberikan lima mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Sport Slippery dan Tow/Haul.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

Walaupun Maverick dibangunkan di Amerika Syarikat, saiz trak pikap ini sebenarnya adalah 282 mm lebih pendek dari Ford Ranger yang kita terima di Malaysia.

Apa yang istimewa berbanding trak pikap konvensional, Maverick menampilkan bed belakang yang digelar sebagai Flexbed. Menurut Ford, bed tersebut membolehkan pengguna menghasilkan sendiri bentangan untuk membawa dan menyimpan kargo mereka secara DIY.

Misalnya, dengan slot yang dibuat pada sisi bed berkenaan membolehkan pengguna ‘menyelit’ papan bersaiz 2×4 dan 2×6 bagi menghasilkan ruang simpanan berasingan, lantai bertingkat, atau rak untuk membawa basikal atau kayak buatan sendiri.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Bahagian bed tersebut juga dilengkapi dengan dua cangkuk untuk mengikat, empat gegelung-D dan juga pelbagai lubang dengan bebenang bagi membolehkan anda mengikat pelbagai aksesori menggunakan bolt.

Bed berkenaan dihasilkan dengan panjang 4.5 kaki, cukup untuk membawa sebuah ATV. Tidak cukup dengan itu, juga terdapat ruang storan tambahan pada dinding dalam bed belakang. Sisi bed tersebut juga direka agak rendah bagi membolehkan wanita untuk mencapai barang yang diletakkan di dalam ruang tersebut.

Pengguna juga boleh memanjangkan lagi bed belakang dengan menurunkan pintu tailgate. Pintu berkenaan bukan sahaja boleh dibaringkan sepenuhnya, ia juga boleh diturunkan separuh dengan melaras kabel sokongan, membolehkan anda membawa muatan lebih panjang. Pintu tersebut turut didakwa mampu untuk menahan beban seberat 200 kg.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Selain itu, bahagian ini turut dilengkapkan dengan pra-pendawaian aksesori 12-volt bagi membolehkan anda menyalakan lampu, pam udara atau komponen elektrikal lain tanpa mengganggu pendawaian lampu belakang. Ford juga menyediakan port kuasa 110 volt, 400-watt di bed dan kabin sebagai satu lagi ciri opsyen untuk Maverick ini.

Mungkin kerana ianya sebuah Ford dan masih mengekalkan banyak ciri rekaan bersegi seperti trak pikapnya yang lain termasuk Ford F150 dan juga Ranger, rupa luaran Maverick ini mungkin nampak masih seperti trak pikap konvensional, tidak seperti Ridgeline dan Santa Cruz yang ‘nampak sangat’ menggunakan casis SUV.

Muka model ini diberikan lampu hadapan LED berbentuk-C yang tinggi, sama dengan ketinggian gril utama. Oleh kerana ia adalah trak unibodi, bed belakang dan badan utama adalah dibina sekali dan tidak boleh ditanggal seperti trak pikap biasa.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat interior. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Rekaan bersegi turut dibawa ke bahagian kabin Maverick ini. Ia turut menerima kemasan-kemasan yang nampak lasak dan berfungi. Panel pintu misalnya, ia yang direka dengan rupa seakan batu, serta menampilkan ruang-ruang storan yang bijak seperti slot yang boleh memegang botol 1 liter, tablet dan juga laptop.

Ford juga meningkatkan ruang dalaman trak ini ke tahap “cemerlang” dengan menghasilkan posisi tempat duduk yang selesa di hadapan dan belakang.

Untuk sistem infotainmen, Maverick diberikan skrin sesentuh standard lapan-inci pada papan pemuka dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem FordPass Connect bersama WiFi Hotspot bagi membolehkan pelbagai operasi akses data boleh dibuat menerusi dari jarak jauh menerusi aplikasi FordPass.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat interior. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Kabin belakang Maverick ini juga diberikan banyak ruang storan yang lebih selamat berbanding di bahagian bed. Ruang tersebut terletak di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan barangan seperti beg laptop, alatan pembaikan, dan lain-lain.

Maverick juga menampilkan Ford Integrated Tether System (FITS) yang dihasilkan untuk disesuaikan pada konsol hadapan untuk pakej aksesori opsyen seperti pemegang cawan, bekas sampah, cangkuk beg barang runcit dan pelbagai lagi. Menurut Ford, pelbagai lagi aksesori FITS akan menyusul selepas ini malah mereka juga akan menerbitkan geometri bagi slot tersebut untuk membolehkan pengguna menghasilkannya sendiri dengan pencetak 3D.

Trak pikap ini datang standard dengan brek kecemasan automatik dan lampu tinggi automatik sebagai antara pakej bantuan pemanduan Ford Co-Pilot360. Sistem tersebut turut menawarkan ciri opsyen lain termasuk cruise control adaptif dengan stop & go, pemantau titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang, bantuan kekal tengah lorong bersama bantuan stereng.

Ford Maverick didedahkan – trak pikap unibody lebih kecil dari Ranger, platform asas SUV pacuan hadapan

2022 Ford Maverick 2L-EcoBoost AWD Lariat interior. Preproduction vehicle with optional equipment shown. Available fall 2021.

Ketika dilancarkan, Maverick akan ditawarkan dalam tiga tahap kemasan iaitu XL, XLT dan Lariat. Model AWD XLT dan juga Lariat ditawarkan dengan pakej off-road FX4 yang merangkumi perincian seperti tayar jenis All-Terrain, talaan suspensi istimewa, pelindung bawah badan tambahan, kawalan menurun bukit dan mod pemanduan Mud/Rut dan Sand.

Untuk tahun pertama, Maverick dijual dalam versi First Edition yang menampilkan perincian unik merangkumi grafik istimewa pada bonet dan pintu, pelindung tonneau, serta kemasan hitam pada bumbung, cermin sisi dan juga rim aloi 17/18 inci yang digilap mesin. Ford Maverick akan mula dijual di Amerika Syarikat pada musim luruh nanti dengan harga bermula US$19,995 (RM82,300).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required