Jangan lupa bayar saman tertunggak dengan tawaran diskaun hingga 70%, berakhir pada 11 Jun ini – JPJ

Tinggal dua hari lagi sahaja kempen pengurangan saman dengan diskaun sebanyak 70% yang ditawarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal berakhir. Ia adalah sempena dengan ulang tahun JPJ yang ke-75 pada April lalu, dan tawaran terbabit akan berakhir pada 11 Jun 2021.

Pengurangan 70% bagi semua saman yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkuta Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) kecuali melibatkan kes mahkamah.

Sebelum ini, JPJ memaklumkan, ia turut termasuk dengan kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Di mana mereka yang mempunyai kes senarai hitam, pesalah haruslah pergi sendiri ke cawangan JPJ berhampiran untuk proses pendokumentasian semula, sebelum pembayaran saman boleh dibuat. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Penuh Fasa Pertama sednag dilaksanakan sehingga 14 Jun ini, bukan setakat mahkamah, malah cawangan JPJ juga ditutup, maka diskaun ini tidak termasuk dengan kes yang dibawa ke mahkamah.

Tawaran ini juga untuk semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu 60 hari. Menurut JPJ, pmbayaran saman berkenaan boleh dilakukan menerusi dalam talian atau pun di kioks kendalian JPJ. Malah JPJ turut berkata tawaran ini adalah bagi mengurangkan beban kewangan rakyat, terutamanya yang terjejas disebabkan masalah ekonomi ekoran pandemik COVID-19.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required