Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” 2022 didedah

Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” 2022 didedah

Ducati telah mendedahkan awal model Diavel 1260 S “Black and Steel”, yang sepatutnya diperkenalkan waktu acara MIMO Motor Show 2021 di Itali. Tiada warna merah yang biasa digunakan oleh Ducati pada model ini, sebaliknya ia diganti dengan gabungan warna kelabu berkilat, hitam matte dan rangka serta beberapa bahagian lain berwarna kuning.

Diavel Black and Steel menyertai pilihan lain Diavel yang disediakan iaitu Diavel 1260 S – menggunakan kebanyakan bahagian berwarna hitam dan rangka merah – serta model asas Diavel yang menggunakan warna Dark Stealth serta rangka hitam.

Kuasa penggerak Diavel 1260 datang daripada enjin v-twin 1,262 cc Testastretta DVT (Desmodromic Variable Valve Timing) yang menghasilkan 162 hp pada 9,500 rpm dan 129 Nm tork pada 7,500 rpm. Enjin dengan sistem penyejukan cecair ini menyampaikan kuasa kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan, klac jenis slipper dan sistem rantai (XDiavel menggunakan sistem tali sawat).

Kelengkapan standard lain yang diberi pada Diavel 1260 S adalah quickshifter naik dan turun gear, manakala sistem elektronik pula terdiri termasuk Cornering ABS, Wheelie Control, Launch Control dan Traction Control.

Pada bahagian brek, Diavel 1260 S menggunakan cakera berkembar 320 mm semi-floating bersama angkup Brembo M4.32 Monobloc empat piston di hadapan, sementara di belakang menggunakan cakera 265 mm dan angkup Brembo dua piston.

Kedua-dua suspensi hadapan dan belakang boleh dilaras sepenuhnya, dengan ia terdiri daripada unit fork Ohlins 48 mm di hadapan dan monoshock Ohlins di belakang. Tangki bahan api Diavel 1260 S berkapasiti 17 liter manakala tinggi tempat duduknya adalah 780 mm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

 

Add a comment

required

required