Mitsubishi Airtrek EV 2022 – imej bocor sebelum dilancarkan, guna asas SUV dari China GAC Aion V

Mitsubishi Airtrek EV 2022 – imej bocor sebelum dilancarkan, guna asas SUV dari China GAC Aion V

Mitsubishi telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menghidupkan semula nama ‘Airtrek’ pada April lalu, dan SUV berkenaan bakal muncul sebagai model elektrik sepenuhnya serta bakal dilancarkan di China tahun ini. Dan kini, nampaknya imej dan juga berberapa perincian awalan SUV tersebut sudahpun tertiris dalam talian sebelum pelancaran rasminya.

Walau bagaimanapun, imej yang bocor berkenaan masih memperlihatkan Airtrek 2022 dalam pelekat penyamaran. Tetapi ia jelas memberikan gambaran keseluruhan rupa SUV tersebut, bersama muka Dynamic Shield Mitsubishi yang menampilkan lampu hadapan dua tingkat (seperti model konsep Mi-Tech) terdiri dari lampu nyalaan siang LED yang tirus di atas serta lampu utama berbentuk-L di bawahnya.

Ia seiring dengan imej teaser yang didedahkan oleh Mitsubishi hampir dua bulan lalu. Menerusi imej tersebut juga dapat dilihat Airtrek diberikan bar krom untuk menghubungkan kedua-dua lampu nyalaan siang berkenaan, manakala gril utama direka dengan elemen melintang yang nampak lasak bersama logo Mitsubishi di tengahnya.

Mitsubishi Airtrek EV 2022 – imej bocor sebelum dilancarkan, guna asas SUV dari China GAC Aion V

Muka SUV ini dilengkapkan dengan apron bawah dengan liang udara yang berbentuk trapezoid, serta pelbagai penderia untuk sistem keselamatan aktif. Di belakang, Airtrek diberikan kluster dan grafik lampu berbentuk-T yang memberikan rupa garang.

Manakala jika dilihat dari sisi, Airtrek diberikan garis bahu yang naik ke atas, berakhir di tiang-C. Menerusi bayangan disebalik pelekat penyamaran tersebut, kemasan pada tiang-C berkenaan mungkin akan menampilkan rekaan bagi memberikan rupa seakan “bumbung terapung” untuk SUV ini.

Sebelum ini Mitsubishi telah pun mengesahkan bahawa bahawa Airtrek 2022 akan dihasilkan dengan kerjasama firma automotif China iaitu Guangzhou Automobile Group (GAC). Manakala maklumat yang bocor bersama imej ini mengatakan bahawa Airtrek EV 2022 diasaskan dari GAC Aion V.

GAC Aion V

GAC Aion V sudahpun dilancarkan pada pasaran China pada tahun lalu. Ia dihasilkan dengan dimensi 4,586 mm panjang, 1,920 mm lebar, 1,728 mm tinggi serta jarak roda sejauh 2,830 mm. Jadi dari segi saiz, Aion V adalah lebih kecil dari Mitsubishi Outlander generasi baharu.

Aion V diasaskan dari platform GAC Electric Platform 2.0 (GEP 2.0). Ia dijana oleh motor elektrik yang diletakkan pada sebelah hadapan, memberikan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork maksima 350 Nm. Bergantung pada varian, Aion V mampu bergerak sejauh 500 hingga 680 km dengan satu cas penuh bateri. Segala spesifikasi Aion V ini boleh memberikan petunjuk spesifikasi yang akan ditawarkan pada Mitsubishi Airtrek EV 2022 kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required