Geely, Volvo tubuhkan Aurobay – syarikat pembekal global enjin dan transmisi generasi seterusnya

Geely, Volvo tubuhkan Aurobay – syarikat pembekal global enjin dan transmisi generasi seterusnya

Geely Holding dan Volvo Cars telah pun mengumumkan penubuhan syarikat kerjasama baharu, Aurobay, bagi menguruskan operasi sistem rangkaian kuasa mereka. Syarikat yang akan bergerak sendiri ini akan menjadi pembekal global untuk sistem rangkaian kuasa lengkap, termasuk enjin pembakaran dalam generasi baharu, transmisi dan juga sistem hibrid.

Buat permulaan, Aurobay akan dimiliki bersama Volvo dan Geely, dengan Volvo memindahkan kesemua aset ke dalam subsidiari milik mereka sepenuhnya, Powertrain Engineering Sweden. Aset-aset tersebut termasuk kilang enjin Skövde di Sweden bersama pasukan R&D berkaitan, serta kilang enjin di China dan juga lain-lain aset yang berkaitan turut akan dipindahkan dalam tempoh berberapa bulan akan datang.

Dengan pemindahan aset yang lengkap, Volvo menyatakan bahawa mereka boleh menumpukan sepenuhnya terhadap pembangunan barisan model-model kereta premium elektrik sepenuhnya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Volvo telah mensasarkan 50% dari barisan model mereka adalah kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025 nanti, manakala 50% selebihnya adalah model hibrid.

Geely, Volvo tubuhkan Aurobay – syarikat pembekal global enjin dan transmisi generasi seterusnya

Bagi model-model hibrid berkenaan enjin petrolnya turut akan dibekalkan oleh Aurobay. Manakala menjelang 2030, kesemua kereta-kereta Volvo adalah dijana kuasa elektrik sepenuhnya.

Dengan pasukan R&D yang kuat dan juga teknologi termaju, Geely Holding menyatakan bahawa entiti baharu mereka ini mampu untuk membangunkan dan memproduksi barisan rangkaian kuasa bersama sistem elektrifikasi yang maju dan efisien, mewujudkan asas yang kuat untuk sinergi operasi, perindustrian dan kewangan yang kukuh.

Selain dari membekalkan unit rangkaian kuasa kepada jenama-jenama di bawah Geely, Aurobay turut mensasarkan untuk membekalkan produk mereka kepada pihak ketiga. Dalam jangkamasa panjang, mereka merancang untuk menjadi peneraju dalam membekalkan solusi rangkaian kuasa yang berkualiti, emisi rendah, serta menjimatkan kos.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required