VIDEO: Proton Iriz R5 Oliver Mellors kemalangan, berputar di udara dalam rali Nicky Grist Stages 2021

Pusingan kedua Kejuaraan Rali British (BRC) 2021, Nicky Grist Stages berlangsung semalam di Builth Wells, Wales, UK. Disebabkan pandemik Covid-19 yang masih memberikan situasi yang tidak menentu, tiada penonton dibenarkan untuk ke setiap SS bagi menyaksikan rali berkenaan. Namun pihak penganjur telah pun membawakan siaran langsung secara percuma yang dibuat menerusi media sosial.

Penulis antara yang menonton siaran langsung tersebut semalam. Tetapi seawal SS1 pertama, drama sudah pun bermula – Proton Iriz R5 pasukan Proton Motorsport (dikendali Mellors Elliot Motorsport atau MEM) yang dipandu Oliver Mellors bukan sahaja tidak tiba di garis penamat, malah tidak kelihatan di seksyen terakhir SS tersebut.

Tak lama selepas teka-teki apa yang terjadi pada Ollie, pihak penganjur menyatakan bahawa dia bersama juruarahnya, Max Freeman terlibat dalam kemalangan yang besar. Walau bagaimanapun, kedua-duanya disahkan selamat tanpa kecederaan serius.

Tiada laporan susulan selepas itu, tetapi malam tadi saluran Youtube Sideways Media telah menyiarkan video kemalangan berkenaan selepas mendapat keiizinan dari Ollie sendiri. Dalam video berkenaan dapat dilihat Ollie melakukan pendaratan yang kurang kemas selepas melompat pada satu bukit.

Muncung Iriz R5 tersebut terlalu menjunam dan kemudian mendarat dengan tayar hadapan sebelah kiri terlebih dahulu yang mencecah permukaan tanah. Ini menyebabkan kereta tersebut bergolek dan kemudian berpusing di udara berberapa kali menyebabkan kerosakan yang teruk termasuk pintu hadapan sebelah kanan tercabut.

VIDEO: Proton Iriz R5 Oliver Mellors kemalangan, berputar di udara dalam rali Nicky Grist Stages 2021

Namun disebabkan rollcage yang begitu kukuh dihasilkan oleh MEM mengikut spesifikasi FIA, bahagian kabin Iriz R5 tersebut masih lagi tidak terjejas dan melindungi pemandu dan juruarah dengan baik.

Nasib Ollie Mellors nampaknya tidak begitu baik untuk BRC tahun ini. Ketika pusingan pertama Neil Howard Stages yang belangsung di Oulton Park Race Circuit 31 Mei lalu, Ollie hanya mengutip 4 mata dengan menghabiskan perlumbaan berkenaan di tempat ke-8. Dia tidak dapat mempamerkan prestasi terbaik kerana kecederaan kaki yang di alami sebelum perlumbaan.

Ollie dan MEM mula bertanding dalam BRC dengan Satria Neo S2000 pada musim 2016, dan kemudian menarik diri pada musim berikutnya. Dengan jentera Iriz R5 yang lebih kompetitif siap dibangunkan, Proton Motorsport mula kembali ke BRC pada tahun lalu, tetapi kejohanan tersebut hanya sempat berlangsung dalam satu pusingan sebelum dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Dalam satu-satunya pusingan BRC musim 2020 iaitu di Cambrian Rally, Oliver Mellors berjaya menamatkan pelumbaan di tempat keempat dan mengutip 14-mata, diikuti seorang lagi pelumba muda yang baru berpeluang berlumba dalam kategori tertinggi dengan memandu Iriz R5, James William merangkul tempat kelima.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required