Satu lagi model yang menerima penjenamaan semula untuk barisan GR Sport baharu ini di pasaran Indonesia bagi menggantikan TRD Sportivo ialah Fortuner. Malahan ia turut menerima beberapa rekaan baharu bagi kemasan yang lebih sporty bagi model 2022.
Kit GR Sport untuk Fortuner termasuklah gril krom gelap dan kemasan berbeza untuk bampar hadapan dan belakang. Ciri lain termasuk lencana GR Sport pada tailgate dan pelekat GR pada seksyen bawah pintu, serta kelengakapan tambahan iaitu tailgate bebas-tangan penderia-tendangan, sama seperti kemasan pada VRZ.
Kelengkapan dalaman untuk Fortuner GR Sport antaranya upholstery kulit, unit utama multimedia sembilan-inci dengan arahan suara, ketersambungan telefon pintar dan peranti near-field communication (NFC), paparan pandangan sekeliling, paparan hiburan untuk tempat duduk belakang, tempat duduk hadapan larasan kuasa dan pad pengecasan peranti tanpa wayar Qi.
Fortuner GR Sport ditawarkan dengan dua pilihan penjana kuasa iaitu 2.7 liter GR Sport A/T untuk versi 4×2 dengan hamburan 163 hp dan tork 247 Nm, sementara 2.4 liter turbodiesel dengan 149 hp dan tork 400 Nm.
Kedua-duanya dipadankan dengan transmasi automatik enam-kelajuan, yang memacu roda belakang. Ia turut diberikan roda aloi kemasan dwi-tona 18-inci dengan tayar 265/60R18. Kelengkapan keselamatan yang diberikabn secara standard untuk barisan Fortuner di Indonesia termasuklah bantuan mula mendaki, isyarat brek kecemasan (hazard light), trailer sway control, kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan.
Lima pilihan warna – Super White, Silver Metallic, Dark Gray Mica Metallic, Attitude Black dan Phantom Brown Metallic – ditawarkan untuk Toyota Fortuner GR Sport 2022 di Indonesia, dengan harga dari 544.2 juta rupiah (RM160,003) untuk varian GR Sport 2.4 liter turbodiesel, hingga 605.1 juta rupiah (RM177,909) bagi GR Sport 2.7 liter petrol.
Sebagai perbandingan, Toyota Fortuner facelift 2021 yang dilancarkan di Malaysia pada Februari lalu dengan dua versi; 2.7 SRZ AT 4×4 petrol dan 2.8 VRZ AT 4×4 diesel, dijual pada harga masing-masing RM172,244 dan RM203,183.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.