Suzuki Hayabusa, V-Strom 1050XT, GSX-S1000 akan tiba di M’sia hujung tahun ini, diikuti Belang 150, GSX-S150 dan GSX-R150 pada suku pertama tahun 2022

Suzuki Hayabusa, V-Strom 1050XT, GSX-S1000 akan tiba di M’sia hujung tahun ini, diikuti Belang 150, GSX-S150 dan GSX-R150 pada suku pertama tahun 2022

Selepas senyap beberapa tahun, pengedar motosikal Suzuki di Malaysia yang berada di bawah pengurusan baru telah kembali aktif dengan bulan lepas melancarkan enam model iaitu GSX-R1000, GSX -R1000R, Katana, GSX-S750, V-Strom 650XT dan SV650.

Hari ini, syarikat itu telah mengadakan satu siaran langsung untuk memberitahu apa lagi model yang bakal tiba di pasaran Malaysia. Bagi model berkapasiti tinggi, tiga lagi model akan tiba dalam masa beberapa bulan lagi (tahun ini) iaitu Hayabusa, V-Strom 1050 XT dan GSX-S1000. Semua ini adalah model terbaru seperti yang dipasarkan di luar negara.

Di penghujung siaran langsung itu, pengerusi eksekutif kumpulan Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Ahmad Faez Yahya telah membaca soalan daripada penonton, termasuklah soalan panas yang kerap timbul iaitu bila model kapcai Suzuki akan tiba dan model apakah sebenarnya yang akan dilancarkan.

Jawapan yang diberi adalah tiga model iaitu F150, atau lebih dikenali di negara kita sebagai Belang 150, GSX-S150 dan GSX-R150. Mereka juga seakan sudah bersedia dengan soalan ini kerana sambil ia dijawab, ketiga-tiga model tersebut melintas di latar belakang dengan ditolak oleh pekerja di kilang pemasangan.

Pengarah dan pengurus kanan Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Lim memberitahu, mereka sedang berusaha untuk melancarkan tiga model kapasiti rendah ini secepat mungkin, dengan sasaran diletakkan sama ada hujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Beliau memberitahu, paling lewat pun mungkin suku pertama tahun 2022.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required