Yaris dikemaskini untuk Thailand — kit aksesori X-Urban dengan kedudukan lebih tinggi, dari RM68,850

Yaris dikemaskini untuk Thailand — kit aksesori X-Urban dengan kedudukan lebih tinggi, dari RM68,850

Diperkenalkan buat pertama kali di Thailand bersekali dengan Toyota Yaris Ativ (di sini Vios) yang dipertingkat ialah model hatchback-nya, Yaris. Model itu juga ditawarkan dalan tiga varian — Entry, Sport dan Sport Premium — serta pakej aksesori X-Urban yang menambah kemasan body cladding ala crossover dan kedudukan dari tanah yang lebih tinggi.

Seperti Vios, Yaris menerima pembaharuan luaran yang agak sederhana berbanding model tahun 2020, dengan set perubahan yang sama seperti dilakukan pada model sedannya. Antara yang dimaksudkan ialah kemasan sudut yang lebih lebar pada bamparnya, dengan lampu kabus kekal, serta kelainan wajah depannya ditentukan oleh kedudukan gril lebih rendah serta kemasan sudut bampar hadir dengan corak haneycomb berbanding jalur melintang pada model sedannya.

Kelengkapan luaran Yaris juga sama seperti yang diberikan kepada Vios untuk pasaran Thailand. Model ini dilengkapi dengan unit lampu halogen multi-reflektor bagi varian Entry, diikuti kemudiannya dengan LED multi-refloktor dan DRL LED serta fungsi follow-me-home.

Yaris dikemaskini untuk Thailand — kit aksesori X-Urban dengan kedudukan lebih tinggi, dari RM68,850

Ketiga-tiga tingkat kemasan pada varian in menerima kemasan hitam berkilat pada gril depan, juga di sekitar lampu kabusnya dan juga lampu kabus LED di belakang. Untuk antena radio, Entry dan Sport menggunakan tiang pendek, sementara Sport Premium menggunakan jenis sirip ikan.

Pemegang pintu di luar bagi semua varian pula menggunakan warna badan, sama seperti perumah cermin sisi pada varian Entry. Untuk cermin sisi, varian Sport dan Sport Premium menggunakan warna hitam, dan ada lampu isyarat bersepadu disekalikan. Kedua-duanya juga kini menggunakan kaca akustik, skirting sisi dan belakang serta penebat bunyai bonet.

Pakej aksesori X-Urban boleh dipasangkan untuk varian Sport dan Sport Premium, menambah elemen dua-tona warna bagi keseluruhan imej — melibatkan body cladding, skirting sisi dan sudut bampar depan dan belakang, yang ditengahnya turut ada kemasan ala lagom. Jarak kelegaan tanahnya juga ditambah 30 mm (daripada jarak biasa 135 mm) disebabkan spring yang lebih tinggi dan juga rim 16-inci yang melengkapinya.

Yaris dikemaskini untuk Thailand — kit aksesori X-Urban dengan kedudukan lebih tinggi, dari RM68,850

Kemasan dalaman Yaris hanya ada warna hitam, dalam material fabrik bagi varian Entry dan kulit sintetik bagi Sport dan Sport Premium. Kerusi pemandu kini boleh dilaras ketinggiannya, dan kerusi belakang untuk Entry boleh dilipat, sementara bagi Sport dan Sport Premium menerima lipatan kerusi belakang dengan nisbah 60:40.

Bagi varian Entry, ia menggunakan stereng urethane, sementara dua varian lebih tinggi menggunakan material kulit lembut dan jahitan biru (juga kemasan fabrik di beberapa tempat untuk Entry, sementara kulit sintetik untuk dua varian teratas). Panel instrumen mengguna warna hitam untuk yang paling asas, dan beralih kepada material warna perak metalik. X-Urban menerima kemasan kulit dua-tona Terra Rossa.

Dua varian paling atas menerima paparan meter Optitron. Sport juga mengenakan paparan multi-maklumat, sementara Sport Premium dilengkapi unit sama dalam versi TFT 4.2-inci, serta ciri Smart Entry dan butang penghidup enjin. Untuk radio, Entry dibekalkan dengan unit AM/FM dan USB/Aux, sementara dua varian lagi dilengkapi skrin sentuh 6.7-inci dengan Smart Device Link — Bluetooth untuk Entry, sementara Apple CarPlay dan Android Auto dengan pengesan suara untuk dua varian teratas.

Yaris dikemaskini untuk Thailand — kit aksesori X-Urban dengan kedudukan lebih tinggi, dari RM68,850

Aspek keselamatan, Yaris datang dengan ABS dan EBD dan Brake Assist, begitu juga dengan kawalan kestabilan, kawalan cengkaman dan bantuan mendaki untuk semua varian. Sport Premium bagaimanapun datang dengan sistem pra-perlanggaran (AEB) dan amaran penukaran lorong. Kelengkapan keselamatan pasif pula terdiri daripada beg udara depan dan sisi, dan untuk Sport Premium diberikan tujuh beg udara. Dua varian teratas juga datang dengan immobiliser dan sistem penghindar kecurian. Semua varian datang dengan kit baik pulih tayar sahaja.

Untuk enjin, Yaris menggunakan enjin sama dengan Vios di Thailand; unit 1.2 liter 3NR-FKE empat-silider sebaris NA dengan VVT-iE. Ini menghasilkan sebanyak 92 PS pada 6,000 rpm dan 109 Nm tork pada 4,400 rpm, dan digandingkan dengan transmisi Super CVT-i. Semua varian datang dengan ciri Stop-Start Automatic. Suspensi pula menggunakan MacPherson strut di depan dan torsion beam di belakang. Brek cakeran depan dan dram di belakang dan tayar menggunakan saiz 185/60R15.

Harga untuk pasaran Thailand bagi yaris ini bermula dari 549,000 baht (RM68,850) untuk varian Entry, kepada 609,000 baht (RM76,381) untuk Sport. Varian paling tinggi pula dijual pada harga 679,000 baht (RM85,167). Pakej X-Urban pula dijual pada harga 44,600 baht (RM5,593).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required