Nissan GT-R V-Spec R34 dijual pada harga RM1.38j!

Nissan GT-R V-Spec R34 dijual pada harga RM1.38j!

Kalau dah minat sangat, duit bukanlah ukuran! Buktinya, jentera prestasi tinggi idaman ramai, Nissan GT-R V-Spec R34 ini yang mencatatkan rekod perbatuan cuma 6,539 km berjaya dijual dengan pantas pada harga 36,885,000 yen (RM1.38 juta)! Harga itu belum termasuk lagi kos penghantaran, segala macam cukai dan import.

Difahamkan pembelinya ialah Cars Japan, yang juga merupakan pengimport, penjual dan pakar kereta JDM. Malahan dikhabarkan, syarikat terbabit mendedahkan jentera dalam warna Midnight Purple III itu akan disimpan sebagai salah satu koleksi peribadi.

Menurut GTR-Registry, ia merupakan harga ketiga tertinggi bagi jualan GT-R R34 untuk lelongan awam. Pada awal Julai lalu, sebuah GT-R V-Spec II Nür berjaya dijual pada harga 60,500,001 yen (RM2.26 juta termasuk cukai), dan satu lagi unit berwarna Millenium Jade pula dijual dengan harga RM2 juta oleh Mutiara Motors.

Selain itu, ia turut mendedahkan hanya 199 unit model GT-R MY2000 dibikin dalam kemasan Midnight Purple III, lebih separuh daripadanya ialah varian V-Spec. Kuasa disalurkan dari enjin 2.6 liter RB26DETT turbo-berkembar enam-silinder sebaris, dengan hamburan 284 PS pada 6,800 rpm dan tork 397 Nm pada 4,400 rpm.

Ia juga dipadankan dengan kotak gear manual close-ratio enam-kelajuan yang memacu kesemua roda, dan mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum cecah 249 km/j. Sistem ATTESA E-TS Pro AWD bagi V-Spec menampilkan electronically-controlled limited-slip differential untuk meningkatkan daya cengkaman, dan digabungkan dengan suspensi yang lebih keras berbanding model biasa GT-R.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required