Honda NT1100 2022 didedah – pilihan kotak gear DCT

Honda NT1100 2022 didedah – pilihan kotak gear DCT

Motosikal touring baru yang ditunjukkan di dalam teaser sebelum ini oleh Honda sudah didedahkan sepenuhnya. Seperti yang dijangka, ia memang adalah NT1100 yang menggunakan asas daripada Africa Twin, dan ditawarkan dalam dua versi, iaitu yang menggunakan transmisi enam kelajuan biasa dan juga DCT (klac berkembar).

Enjin NT1100 juga adalah sama seperti Africa Twin, iaitu unit dua silinder selari 1,084 cc, mampu menghasilkan kuasa 100.6 hp pada 7,500 rpm dan 104 Nm tork pada 6,250 rpm. Jumlah kuasa ini adalah sama seperti Africa Twin.

Sistem elektronik penuh diberikan pada model ini, termasuk tiga mod tunggangan iaitu Urban, Rain dan Tour, kawalan cengkaman HSTC tiga tahap, Wheelie Control serta kawalan engine braking. Penunggang juga diberikan kebebasan untuk melaras tahap kawalan elektronik serta penyampaian kuasa ini dengan dua lagi tambahan mod tunggangan.

Bagi transmisi DCT itu, ia datang dengan tiga mod operasi yang boleh dipilih melalui butang di bahagian pemegang. Mod MT memberikan kawalan gear penuh kepada penunggang, D adalah untuk penukaran automatik sementara S pula juga untuk automatik, tetapi dengan maklum balas yang lebih sporty.

Kelengkapan lain pada NT1100 2022 adalah seperti tangki bahan api 20.4 liter, brek cakera depan dan belakang, rim saiz 17 inci dengan tayar 120/70 dan 180/55, tinggi tempat duduk 820 mm serta panel paparan sesentuh TFT 6.5 inci.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required