SPYSHOT: Hyundai Palisade di Malaysia – SUV mewah 7/8 tempat duduk, V6 NA 3.8L, pelancaran tahun ini

SPYSHOT: Hyundai Palisade di Malaysia  – SUV mewah 7/8 tempat duduk, V6 NA 3.8L, pelancaran tahun ini

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) nampaknya terus bergerak rancak selepas PKP ini. Kita sudah tahu tidak lama lagi Staria akan dilancarkan, dan kemudiannya akan diikuti oleh Kona Electric. Bukan setakat itu, satu lagi model baru juga akan tiba.

Pembaca kami, Haikal telah menghantar gambar SUV mewah Palisade yang sedang dinaikkan atas sebuah treler, dan ia bukan setakat satu unit, tetapi ada tiga yang dilihat dalam gambar ini. Tiga warna berbeza juga dapat dilihat, iaitu hitam, putih dan juga perak.

Palisade adalah sebuah SUV tiga baris tempat duduk mewah yang pertama kali didedahkan pada tahun 2018, dan bergantung kepada spesifikasi, ia boleh menempatkan sehingga tujuh atau lapan orang. Ia lebih besar berbanding Santa Fe, dengan ukuran panjang 4,981 mm, 1,976 mm lebar dan jarak roda 2,900 mm.

Pada bulan Mac yang lalu, HSDM pernah memberitahu Palisade yang akan dibawa ke Malaysia menggunakan enjin V6 NA 3.8 liter, yang jika mengikut spesifikasi negara luar, dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan HTRAC AWD, menyediakan 291 hp serta 355 Nm tork. Di Indonesia, SUV ini ditawarkan dengan enjin diesel turbo 2.2 liter 200 PS dan 441 Nm tork.

Kita juga masih belum mengetahui sama ada HSDM akan menyediakan pilihan model tujuh atau lapan tempat duduk, tetapi kita boleh menjangka ciri-ciri premium seperti rim 20 inci, panel instrumen digital TFT 12.3 inci, skrin infotainmen sesentuh 10.25 inci, tempat duduk berliang, dua bumbung suria, pengawal suhu tiga zon dan pakej sistem keselamatan SmartSense ADAS.

Untuk harganya pula, kita boleh membuat anggaran bahawa ia akan lebih tinggi berbanding Santa Fe yang dipasang di dalam negara, iaitu paling tinggi RM210k. Palisade ini bukan sahaja SUV paling mewah Hyundai, ia juga malah akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan. Memandangkan harganya sudah dijangka tinggi, HSDM mungkin akan mengambil spesifikasi penuh untuk SUV ini – kami rasa, harganya pasti melebihi RM300k.

GALERI: Hyundai Palisade pasaran Amerika Syarikat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required