Tempoh percubaan pelaksanaan RFID di lebuhraya adalah kritikal bagi kenalpasti kelancaran sistem- KKR

Tempoh percubaan pelaksanaan RFID di lebuhraya adalah kritikal bagi kenalpasti kelancaran sistem- KKR

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.

Selain itu, tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh PLUS itu bagi membuktikan teknologi berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di lebuh raya. Perkara ini dinyatakan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di Parlimen pagi tadi, laporan Bernama.

“Sebab itu tempoh percubaan ini adalah kritikal untuk kita mengenal pasti daripada segi teknologi, pentadbiran, perundangan serta kelancaran ataupun efisiensi sistem yang ada tidak akan membebankan rakyat dan pengguna lebuh raya itu sendiri. Itulah yang sedang kita lihat dan perincikan di peringkat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR),” katanya.

Tempoh percubaan pelaksanaan RFID di lebuhraya adalah kritikal bagi kenalpasti kelancaran sistem- KKR

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada Kementerian Kerja Raya akan mempertimbangkan untuk sistem SmartTag dan RFID disatukan dalam lorong yang sama bagi pembayaran tol memandangkan kedua-dua sistem itu diletakkan di lorong berasingan.

Beliau turut menjelaskan pembekal perkhidmatan bagi kedua-dua sistem pembayaran tol itu adalah berbeza maka teknologi serta ‘reader’ (pengesan teknologi) juga tidak sama.

“Jika diletakkan dalam satu lorong, ia akan menyebabkan kecelaruan untuk mengenal pasti sistem tag yang digunakan maka disebabkan itu, mereka mengasingkannya,” katanya.

Selain itu, Fadillah turut menjawab soalan asal Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu asas perundangan LLM bagi mewajibkan penggunaan RFID berharga RM35 sedangkan sistem kad Touch ‘n Go (TnG) hanya melibatkan kos RM10.

Tempoh percubaan pelaksanaan RFID di lebuhraya adalah kritikal bagi kenalpasti kelancaran sistem- KKR

Katanya, nilai RM35 itu merangkumi kos tag, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian, namun kerajaan telah meminta supaya pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos itu bagi tujuan mengurangkan harga jualan.

“Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini adalah pilihan pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti kad Touch ‘n Go dan SmartTag.

“Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan yang sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan,” katanya sambil menambah pengenalan RFID selaras hasrat kerajaan untuk beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Matjava on Mar 23, 2022 at 5:18 pm

    Pastikan e Wallet and cukup baki. Saya terkena sekali dg senario begini:-
    i. auto reload set pada paras RM 20.
    ii. baki ada RM30. jadi total ada baki RM50.
    iii. Toll caj yg perlu sy byr RM35.
    Tetapi bila sy nak exit, palang tak naik. mesej amaran keluar, baki tak cukup.
    iv, sy tukar lane ke Touch&Go dn tap spare kad T&Go, berjaya exit.
    v. sy beranggapan auto reload yg sy set Rm50 akn berfungsi, tetapi tidak.
    jadi sy pinda auto reload pada paras RM50 dan new reload nilai RM100.
    stndby untuk jln jauh.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required