myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

Platform kereta terpakai myTukar hari ini telah melancarkan penjenamaan semulanya, menggunakan warna identiti korporat oren bagi melambangkan pengukuhan jenama serta kebolehannya sebagai sebahagian dari jaringan serantau Carro. Pelancaran semula berkenaan dibuat di myTukar Auto Fair 2022, yang berlangsung di myTukar Retail Experience Centre Puchong South bermula sekarang sehingga 3 Julai nanti.

Identiti korporat baharu ini membolehkan ia kini selari dengan Carro, iaitu syarikat induknya yang berpusat di Singapura dan kini sedang berusaha untuk menjadi platform pasaran kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara. Penjenamaan semula ini akan diikuti dengan pelbagai perubahan untuk myTukar, termasuk flit trak tunda baharu bagi penghantaran dari pintu-ke-pintu untuk pelanggan dan kempen pertama yang dikuasakan oleh Carro akan dibuat dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

“Dengan usaha kolektif kami sebagai syarikat, bersama rakan kerjasama kami, pengedar dan pelanggan yang mempercayai kredibiliti kami, industri kereta terpakai tidak pernah mudah untuk diakses, telus dan dipercayai,” kata CEO myTukar Derrick Eng.

“Penambahbaikkan yang dibuat pada myTukar adalah melangkaui penjenamaan semula; kami telah menyatukan keupayaan, perniagaan, kecerdasan data dan pengetahuan teknikal kami dengan syarikat induk kami, Carro, untuk membawa nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami,” tambahnya lagi.

myTukar lancar penjenamaan semula berwarna oren di myTukar Auto Fair 2022 – kini seiras imej Carro

CEO dan pengasas bersama Carro Aaron Tan pula menambah: “Penjenamaan semula myTukar hari ini adalah pembaharuan komitmen syarikat untuk memberikan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan, memastikan proses pemilikan kereta yang lancar dan telus. Dalam menyelaraskan identiti dan nilai teras jenama kami antara satu sama lain, kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan berterusan myTukar.”

Penjenamaan semula ini dibuat setelah myTukar menunjukkan pertumbuhan pantas di seluruh negara sama ada dalam bentuk digital mahupun fizikal. Beberapa tahun ke belakangan ini jumlah transaksi meningkat sebanyak 63% untuk jualan borong dan 260% untuk peruncitan, membantu untuk meningkatkan pendapatan bersihnya sehingga 89%. Imej korporat baharu disasarkan untuk membawa syarikat tersebut lebih hampir kepada pelanggan dan bersedia untuk meningkatkan pengembangan secara geografik, membantu memacu pertumbuhan dan jualan.

“Penjenamaan semula ini adalah komitmen kami untuk memberikan pelanggan pengalaman pembelian menyeluruh apabila mereka memutuskan untuk membeli kereta impian mereka yang seterusnya,” kata Eng. “Kami yakin dengan sokongan teknologi Carro, penampilan serantau dan pengalaman kami dalam menangani pasaran Malaysia, kami akan dapat meneruskan rekod pertumbuhan kami.”

myTukar meletakkan kotak oren besar yang dicetak bersama kod QR di seluruh negara – termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang dan di myTukar Auto Fair 2022 sebelum ini di Plentong, Johor Bahru – menjelang acara hari ini. Kotak bergerak berkenaan turut diletakkan di Ipoh, Taiping, Alor Setar, Johor dan Pulau Pinang.

Mereka yang mengimbas kod berkenaan berpeluang untuk merebut hadiah bernilai sehingga RM200,000, dengan barangan yang lebih bernilai tinggi didedahkan apabila semakin ramai yang mengimbas – hari ini, antara hadiah yang diumumkan adalah bekalan petrol selama setahun.

Langkah itu berikutan pertumbuhan yang stabil dalam pasaran kereta terpakai, dengan permintaan meningkat sebanyak lapan peratus pada suku pertama tahun ini. myTukar Auto Fair 2022 yang sedang berlangsung tersebut memenuhi keperluan pelanggan ini, dengan lebih 1,000 kenderaan terpakai myTukar Certified tersedia untuk lebih 6,000 orang yang dijangka memenuhi fasiliti di Puchong South tersebut dalam tempoh tiga hari akan datang.

Pengunjung yang mahu melakukan proses tukar-beli akan mendapat terus nilai untuk kereta sedia ada mereka, kadar faedah serendah 1.88% dan kelulusan pinjaman pada hari yang sama kereta diterima. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web myTukar, yang juga telah dikemas kini dengan imej korporat oren baharu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required