Honda BR-V 2022 di Thai – 7-tempat duduk; 1.5L NA 121 PS, CVT; Honda Sensing standard, dari RM113k

Honda BR-V 2022 di Thai – 7-tempat duduk; 1.5L NA 121 PS, CVT; Honda Sensing standard, dari RM113k

Selepas mula dijual di Indonesia sejak November lalu, Honda BR-V generasi kedua kini diumumkan bakal tiba di pasaran Thailand pula, dengan penawaran dua varian.

Bermula dengan model asas E, yang dijangka berharga 930,000 baht (RM112,776), sementara model spesifikasi tertinggi, EL, pula dengan harga 980,000 baht (RM118,839). Harga ini dilihat sedikit tinggi berbanding model generasi pertama yang ditawarkan di negara berkenaan, dengan harga antara 765,000 dan 835,000 baht (RM92,769 dan RM101,258) untuk varian V dan SV.

Apa pun, BR-V serba baharu ini memiliki lebih sofistikated, dari segi kelengkapan dan juga rekaan. MPV baharu ini dipertontonkan dengan N7X Concept, dan memiliki imej lebih bergaya.

Honda BR-V 2022 di Thai – 7-tempat duduk; 1.5L NA 121 PS, CVT; Honda Sensing standard, dari RM113k

Bagi dimensinya, model generasi kedua ini berukuran 4,490 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,685 mm tinggi dengan jarak roda 2,695 mm. Sekadar perbandingan, BR-V di pasaran kita berukuran 4,457 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,677 mm tinggi dan karak roda pula 2,662 mm.

Kedua-dua varian BR-V untuk Thailand akan dikuasai enjin yang sama iaitu 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder petrol dengan hamburan kuasa 121 PS dan tork 145 Nm pada 4,300 rpm. Penjana kuasa DOHC i_VTEC ini turut dipacukan ke roda hadapan menerusi CVT.

Untuk kelengkapannya, varian E menerima roda 16-inci (dengan tayar 215/60), roda stereng kuasa, brek cakera hadapan ventilated dan brek dram belakang, lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED, pemegang pintu luar kemasan krom, serta cermin sisi larasan kuasa dengan lampu membelok.

Honda BR-V 2022 di Thai – 7-tempat duduk; 1.5L NA 121 PS, CVT; Honda Sensing standard, dari RM113k

Di dalamnya, model asas diberikan paparan kluster instrumen pelbagai-info 4.2-inci, upholstery kulit kombinasi dua-tona (Hitam dan Mocha Grey), pendingin hawa automatik (dengan corong di belakang), kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin (dengan Honda Smart Key dan kawlan jauh penghidup enjin), skrin sesentuh Display Audio tujuh-inci (dengan Android Auto dan Apple CarPlay), roda stereng balutan kulit dan empat-pembesar suara.

Manakala varian EL diberikan ciri tambahan berbanding E, termasuk roda lebih besar bersaiz 17-inci (dengan tayar 215/55), gril hadapan piano black, lampu kabus hadapab LEDm cermin sisi boleh dilipat secara automatik, pedal penukar gear, upholstery kulit kombinasi serba hitam, tambahan dua lagi unit pembesar suara (keseluruhan enam unit) dan juga beberapa ciri lain termasuk lebih banyak punca kuasa (power outlet), poket belakang tempat duduk hadapan dan sebagainya.

Dengan harga tang lebih tinggi (jangkaan) adalah disebabkan semua barisan BR-V ini bakal dilengkapi dengan Honda Sensing secara standard. Untuk aspek keselamatan, ia diberikan ciri standard termasuk Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN).

Juga sebahagian daripada senarai bantuan pemandu dan keselamatan adalah Honda LaneWatch, sistem pengingatan pemakaian tali pinggang keledar, kamera belakang, sistem pasif (VSA, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mula mendaki, walk away auto lock) dan minimum empat beg udara – EL menerima dua lagi beg udara tambahan dengan jumlah keseluruhan enam unit.

Di Thailand, BR-V didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Premium Sunlight White Pearl, Crystal Black Pearl dan Taffeta White. Malahan aksesori Modulo juga akan ditawarkan, termasuk kemasan tailgate, pelindung tingkap, kemasan fender hadapan, kemasan paip ekzos keluli tahan karat, kemasan cermin sisi dan tirai suria untuk barisan kedua tempat-duduk.

Selepas HR-V, dijangkakan BR-V akan menjadi model seterusnya yang akan dilancarkan oleh Honda Malaysia, walau pun belum dikhabarkan bila waktunya akan tiba.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required