Mazda BT-50 XTR LE 2023 diperkenal di Australia – RM193k, ada bull-bar, terhad hanya 300-unit

Mazda BT-50 XTR LE 2023 diperkenal di Australia – RM193k, ada bull-bar, terhad hanya 300-unit

Mazda Australia telah memperkenalkan versi istimewa untuk trak pikap BT-50 untuk pasaran negara tersebut, digelar sebagai BT-50 XTR LE. Model ini diberikan pelbagai aksesori istimewa dan hanya dihasilkan sebanyak 300-unit, dijual pada harga bermula AUD64,295 (RM193k) tanpa kos atas jalan.

Model ini diasaskan dari BT-50 dalam varian XTR pasaran Australia. Ia menerima tiga aksesori asli bahagian luaran yang membuatkan rupanya lebih lasak, terdiri dari bampar hadapan yang lengkap dengan bull-bar yang digilap, sports bar untuk bed belakang dalam kemasan digilap bersama lampu brek LED bina dalam dan juga pelapik bed belakang tugas berat yang lebih tahan lama.

Mazda menyatakan bahawa bampar hadapan yang menerima bull-bar pada model XTR LE ini tidak akan menjejaskan operasi penderia hadapan untuk fungsi sistem bantuan pemanduan keselamatan, dan tidak menggangu aliran udara untuk penyejukan enjin dan transmisi.

Kesemua aksesori asli berkenaan turut menerima perlindungan waranti selama lima-tahun, dan menurut Mazda pembeli yang memilih model edisi terhad ini jimat sehingga AUD2,500 berbanding memilih aksesori berkenaan secara berasingan.

Perincian lain yang turut dikongsi pada varian XTR biasa termasuk skrin sesentuh sembilan-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, rim aloi 18-inci, lampu hadapan LED, liang udara pendingin hawa untuk kabin belakang, dan sistem bantuan pemanduan penuh.

Seperti yang diketahui, Mazda BT-40 generasi baharu ini diasaskan dari Isuzu D-Max. Model edisi khas ini ditawarkan hanya dengan satu pilihan enjin dan transmisi iaitu unit paling berkuasa 4JJ3-TCX 3.0 liter turbodiesel empat-silinder berkuasa 190 PS dan tork maksima 450 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan bersama sistem pacuan 4WD.

Model ini hanya ditawarkan dalam bentuk badan Double-Cab dan pilihan warna tunggal perak metalik. Jualannya sudahpun dibuka namun pelanggan terawal yang menempah trak pikap ini hanya akan menerimanya pada bulan hadapan. Jurucakap Mazda Australia turut mengesahkan kepada laman Drive.com.au bahawa walaupun ia hanya ditawarkan hanya 300 unit ketika diperkenalkan, jumlah berkenaan mungkin akan ditingkatkan berdasarkan permintaan pelanggan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required