Kes kanak-kanak 3 & 6 tahun pandu Vios di Langkawi – polis sudah panggil Ibu bapa untuk bantu siasatan

Susulan kejadian sebuah Toyota Vios dipandu sepasang adik beradik lelaki berumur tiga dan enam tahun yang terbabas di Langkawi semalam, polis sudah pun mengesahkan bahawa kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam laporan Berita Harian, ibu bapa kanak-kanak tersebut sudahpun menjalani proses rakaman percakapan oleh pegawai penyiasat tengah hari semalam.

Shariman turut memberitahu bahawa bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 28-tahun merupakan peniaga kedai runcit, manakala ibunya yang berumur 22-tahun merupakan suri rumah.

Laporan akhbar ini menyebut Toyota Vios yang dipandu kanak-kanak terbabit terbabas dan melanggar tiang lampu kira-kira 2.5 kilometer dari rumah mereka dalam perjalanan untuk ke kedai bagi membeli permainan.

Shariman mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang pada pukul 11.15 malam 9 Mei lalu.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chawang. Pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” kata Shariman.

Nasib baik Allah lindung… Allahmdulillah selamat, semoga lepas nie Semua kena hati2 takut terjadi lagi sebegini.. Budak…

Posted by Honeyzone Langkawi on Tuesday, 9 May 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required