
Honda telah menunjukkan teaser sebuah SUV baru yang akan membuat penampilan pertama di India 6 Jun 2023. Dipanggil sebagai Elevate, model baru ini akan bersaing dalam segmen kompak untuk menentang Hyundai Creta, Kia Seltos, Toyota urban Cruiser Hyryder dan Volkswagen Taigun.
Selain nama, Honda juga mendedahkan bahawa model baru ini dibangunkan sebagai sebuah model global dan India akan menjadi pasaran pertama yang mendapatnya. Perincian teknikal masih belum didedahkan, tetapi jika melihat kepada pesaingnya, Elevate dijangka mempunyai ukuran panjang antara 4.2 hingga 4.3 meter.
Merujuk kepada laporan Autocar India, SUV baru ini dikatakan bakal menggunakan platform sama seperti City generasi kelima. Ia juga akan berkongsi enjin yang sama, dengan Elevate dikatakan berkemungkinan mendapat unit petrol empat silinder 1.5 liter NA yang dipadankan sama ada dengan transmisi manual enam kelajuan atau CVT. Tiada enjin diesel yang akan ditawarkan, tetapi versi petrol hibrid dijangka akan menyusul.

Berkenaan bentuk, spyshot yang ditunjukkan memberi gambaran Elevate akan menampilkan lampu utama tajam, lampu belakang melengkung, lengkung roda tegap serta kemasan plastik di sekelilingnya. Turut kelihatan adalah bahagian hadapan yang tegap serta kedudukan yang tinggi.
Sementara itu, satu laporan yang dikeluarkan oleh India Today mengatakan bahawa Elevate akan mempunyai lampu LED, rim 17 inci, bumbung suria boleh buka, skrin sesentuh untuk infotainmen, panel instrumen digital, pendingin hawa automatik, pengecas tanpa wayar, tempat duduk berliang udara serta sistem bantuan pemandu moden.

Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900