Hyundai Ioniq 6 EV dilancar di Singapura – RM896k termasuk COE untuk bateri 77.4 kWh, AWD dwi-motor

Hyundai Ioniq 6 EV dilancar di Singapura – RM896k termasuk COE untuk bateri 77.4 kWh, AWD dwi-motor

Hyundai telah pun melancarkan model elektrik sepenuhnya Ioniq 6 di Singapura, yang ditawarkan pada harga S$259,888 (RM896,255) termasuk Certificate of Entitlement (COE), menurut SG Car Mart. Ioniq 6 merupakan EV berasaskan platform E-GMP kedua dari Hyundai yang dijual di sana, selepas Ioniq 5 diperkenalkan di republik itu pada awal tahun ini.

Ioniq 6 dilengkapi dengan bateri 77.4 kWh yang menawarkan jarak gerak sejauh 614 km (kitaran WLTP) dengan satu cas penuh, hasil pekali seretan 0.21 Cd, menurut pengeluarnya, yang turut disebut dalam teaser terbaharu oleh Hyundai Malaysia.

Penjana kuasa bagi Ioniq 6 ini menawarkan dua motor elektrik masing-masing pada gandar hadapan dan belakang, memberikan pacuan semua roda dengan kuasa keseluruhan 320 PS dan tork maksima 605 Nm. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat. Sebagai perbandingan, konfigurasi yang lebih kurang sama diberikan untuk Ioniq 5 dengan 305 PS/605 Nm yang membolehkannya dipecut dari 0-100 km/ dalam 5.2 saat.

Dengan platform E-GMP membolehkan Ioniq 6 ini turut menerima asas sistem elektrikal 800-volt yang membolehkan ia menyokong pengecasan 400-volt. Ini membolehkan ia dicas dengan kemampuan 305 kW yang dapat memenuhkan bateri dari 10 hingga 80% dalam masa hanya 18-minit. Ia juga dilengkapi fungsi vehicle-to-load (V2L), membolehkan ia bertindak seperti ‘powerbank gergasi’ bagi membekalkan kuasa ke peralatan elektik lain.

Berukuran panjang 4,855 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 1,495 mm dan jarak roda sejauh 2,950 mm, Ioniq 6 juga memberikan ruang kaki yang lebih lebar dan secara keseluruhannya ruangnya lebih luas.

Walau bagaimana pun, Hyundai Ioniq 6 yang bakal dipasarkan di Malaysia pastinya memiliki harga yang berbeza, lebih-lebih lagi ia menerima pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik yang dijual di sini. JIka Ioniq 5 di Malaysia bermula dengan harga RM207,808 untuk varian Lite 58 kWh, agak-agaknnya berapa pula harganya untuk Ioniq 6 bagi pasaran kita?

GALERI: Hyundai Ioniq 6 di Bangkok International Motor Show 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required